• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tak Terima Tuduhan Melayu Pemalas” – Najib

oleh
17/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh menerima tuduhan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu di negara ini pemalas dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan sahaja.

Menurut Najib, rakyat di negara ini tidak seharusnya menerima tuduhan tersebut dengan hati terbuka kerana Malaysia selama ini membangun kerana kebijaksanaan orang Melayu sebagai pemimpin negara.

“Sepanjang saya menjadi menteri dan anggota pentadbiran kerajaan, ramai pemimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang cekap datang dari latar belakang orang miskin ada juga merupakan anak penoreh getah dan bukannya mereka yang pemalas.

“Jadi, saya memang tidak dapat terima tuduhan ini kerana tugas sebagai pemimpin adalah memberi keyakinan kepada bangsa sendiri dan beri ruang seluasnya untuk bangsa kita berjaya dan bukannya dengan mengecewakan perasaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Parit Sulong di Hotel Katerina, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohamad; Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Menurutnya, sekiranya BN terus kekal menjadi kerajaan pada PRU14 lalu, beliau telah mempunyai tiga hala tuju besar untuk pembangunan negara iaitu visi strategik untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi agar rakyat negara ini setanding dengan negara maju.

“Kedua, dalam kerangka negara maju, saya hendak pastikan Melayu dan Bumiputera maju juga dan sebab itu dulu saya kata agenda Bumiputera agenda nasional dan ketiga saya mahu tetapkan dasar Islam iaitu Maqasid Syariah dan dasar yang lain termasuk Dasar Tahfiz Negara untuk lahirkan seramai 125,000 huffaz,” katanya.

Menurutnya, beliau juga yakin orang Melayu di negara ini boleh bangkit semula dengan perjuangan UMNO dan penyatuan ummah bersama PAS dan berharap keputusan tersebut dapat diterjemahkan pada PRU15 akan datang. – Sinar Harian

Tags: MelayuNajib Tun Razakpemalas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd