• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sah! Haziq Hantar Surat Tunjuk Sebab Semalam

oleh
18/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan video lucah bersama seorang menteri disahkan telah menghantar surat tunjuk sebab semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Datuk Dr. Tan Yew Chong berkata, surat tersebut telah dikemukakan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Walau bagaimanapun, Yew Chong enggan mengulas lanjut mengenai tindakan selanjutnya pada selepas ini.

“Tunggu Timbalan Menteri dahulu, beliau telah berlepas ke Perancis untuk urusan rasmi.

“Saya tidak mahu komen lanjut, tunggu dahulu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Industri Utama di sini hari ini.

Shamsul Iskandar tidak hadir ke majlis itu hari ini kerana telah berlepas ke Perancis atas urusan kerja.

Pada 13 Jun lalu, Haziq Abdullah digantung daripada melaksanakan tugas-tugas rasmi secara serta-merta dan diarahkan menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari.

Keputusan itu dibuat susulan pengakuannya dalam video seks dikaitkan bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tersebar minggu lalu.

Lelaki itu mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Haziq Abdullah tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia adalah lelaki melakukan seks sejenis bersama menteri itu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Haziq AzizPKRSeks Luar Tabiivideo lucah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd