• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah ‘Landed’ Di Tingkat 10 Pusat Beli-Belah

oleh
26/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kediaman jenis kondominium atau pangsapuri yang dihubungkan dengan kompleks beli-belah barangkali bukan sesuatu yang asing buat sebilangan besar daripada kita.

Di kota-kota besar di seluruh dunia, kemampuan mereka yang membeli sebuah unit kediaman sedemikian sudah dikategori sebagai orang kaya.

Namun, pernahkah anda membayangkan sebuah kompleks taman perumahan dibina di tingkat 10 kompleks beli-belah?

Kedengaran seperti pelik, namun realitinya taman perumahan mewah khusus buat golongan elit sudah terbina di Jakarta, Indonesia.

Kompleks perumahan itu terletak di tingkat 10 pusat beli-belah Thamrin City yang kini menjadi bahan perbualan netizen di laman sosial Twitter.

Perbincangan isu kompleks perumahan in bermula dengan entri yang dimuat naik oleh seorang netizen yang juga pemegang akaun Twitter @shahrirbahar pada Selasa.

Beliau yang menulis nota; “Good morning Jakarta. Macam mana lah diorang terfikir nak develop taman perumahan atas bangunan?” itu mengundang ratusan reaksi selain diulang kicau sebanyak 23,000 kali.

Turut mengiringi entri itu ialah sekeping foto kompleks perumahan mewah itu yang menyebabkan pertanyaan beliau mengundang pelbagai pandangan.

Rentetan Tweet @shahrirbahar juga menarik perhatian portal berita popular Indonesia, Kompas.com yang melakukan tinjauan di kompleks perumahan yang dimaksudkan itu.

Portal berkenaan melaporkan, akses kompleks perumahan itu ialah dari tingkat 10 Jakarta Residence.

Kehadiran pengunjung ke kompleks itu akan disambut dengan sebuah kolam renang besar selain pepohon hijau.

Seorang petugas keselamatan di bangunan berkenaan mengakui, bahawa terdapat sebuah kompleks perumahan mewah di situ.

“Benar ada bangunan (perumahan) di sini di lantai 10. Sudah lama kompleks perumahan ini ada cuma baru viral dan diketahui ramai sejak kebelakangan ini,” kata petugas berkenaan kepada Kompas.com.

Sekalipun dibina di tingkat 10 pusat beli-belah, namun keadaan kompleks perumahan mewah ini sama dengan kediaman di atas tanah seperti yang lazimnya dilihat.

Melihat perkembangan ini tentu sekali akan mengingatkan kita inilah harga yang perlu dibayar untuk menikmati kemajuan dalam hidup.

Kalau dahulu kondominium atau pangsapuri mencakar langit, kini giliran taman perumahan pula.

Selepas ini, apa pula yang difikirkan akan dilakukan oleh manusia? – Astro AWANI

Tags: IndonesiaJakartaJakarta Residencepusat beli-belahTaman PerumahanThamrin City
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd