• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen Tuntut Keadilan Kematian Amah Indonesia

oleh
14/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Selepas Jabatan Peguam Negara meletakkan kes kematian pekerja domestik, Adelina Jerima Sau sebagai tiada tindakan lanjut, satu petisyen dilancarkan di media sosial bagi menuntut pembelaan ke atas kematian wanita berusia 21 tahun itu.

Petisyen itu dibuat oleh sebuah kumpulan hak asasi wanita, Tenaganita, dan ditujukan kepada Peguam Negara, Tommy Thomas; Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong.

Setakat ini, petisyen yang dinamakan “Mengapa Pendera Adelina Masih Bebas? Rakyat Malaysia Menuntut #JusticeForAdelina” sudah menerima kira-kira 28,900 penyokong sejak ia mula tular pagi tadi.

Sebelum ini, FMT melaporkan peguam majikan Adelina yang dituduh mendera pekerja domestik itu berkata, pendakwa raya telah menarik balik pertuduhan ke atas anak guamnnya dan tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung perkara tersebut.

Peguam Anbananthan Yathiraju berkata, Jabatan Peguam Negara mengesahkan tidak berhasrat mengkaji semula pengguguran tuduhan terhadap anak guamnya, Ambika MA Shan.

Melalui petisyen itu Tenaganita menuntut Jabatan Peguam Negara memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai keputusan yang sudah dibuat dan apakah yang terjadi semasa prosiding mahkamah berjalan.

Petisyen tersebut turut menggesa kerajaan segera membentangkan Rang undang-undang Pekerja Domestik di Parlimen.

“Keadilan perlu ditegakkan untuk Adelina, dan keadilan itu perlu ditegakkan sekarang,” kata petisyen itu.

Adelina diselamatkan pada Februari 2018 selepas ditemui tidur di luar rumah majikannya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau mengalami kecederaan pada muka, tangan serta kaki dan meninggal dunia akibat kegagalan organ, sehari selepas dimasukkan ke hospital. – FMT

Tags: Adelina Jerima SauKes derapembantu rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd