• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertumbuhan Ekonomi Dijangka Makin Lemah

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON- Menteri Kewangan Indonesia menjangkakan ekonomi akan berkembang lebih perlahan berbanding unjuran awal namun bank pusat masih mempunyai ruang yang cukup untuk mengurangkan kadar faedah pada bulan-bulan akan datang bagi merangsang ekonomi.

Menurut Sri Mulyani Indrawati, perang perdagangan Amerika Syarikat-China telah menjejaskan eksport Indonesia, mengekang import dan menurunkan harga komoditi yang mana kesemuanya memberi impak negatif kepada pertumbuhan negara.

“Ini semua adalah risiko buruk yang perlu dihadapi oleh Indonesia apabila kita bercakap mengenai unjuran pertumbuhan,” katanya dalam satu temubual dengan Tom Keene dan Nejra Cehic untuk Bloomberg Television di sini hari ini.

Mulyani mengunjurkan ekonomi Indonesia berkembang di antara 5.17 peratus hingga 5.2 peratus tahun ini.

Kerajaan Indonesia sebelum ini mengunjurkan ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu mampu berkembang sehingga 5.3 peratus tahun ini.

Bagaimanapun, ketegangan perdagangan di antara dua kuasa besar ekonomi dunia itu telah merencatkan unjuran pertumbuhan di samping turut memberi tekanan kepada defisit akaun semasa serta mendedahkan Indonesia kepada risiko mata wang.

Menurut Mulyani, kerajaan mempunyai ruang fiskal untuk merangsang pertumbuhan namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati dan konsisten dengan reformasi struktural yang sedang dilaksanakan ketika ini.

“Kami menggunakan instrumen fiskal yang sangat fleksibel dan pantas untuk merangsang pelaburan sektor korporat yang terlibat bidang infrastruktur atau mana-mana sektor yang menjadi keutamaan.”

Negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia katanya, melihat ada peluang perniagaan daripada perang perdagangan tersebut yang mana syarikat-syarikat akan memindahkan pengeluaran daripada China bagi mengelakkan tarif yang lebih tinggi dikenakan AS.

“Dulu, industri kita lebih kepada persendirian tetapi sekarang kita telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global dan ini akan membuatkan usaha untuk menarik pelaburan ke Indonesia menjadi lebih sukar,” ujarnya lagi. – Agensi

Tags: Asia tenggaraIndonesiaMalaysiapertumbuhan ekonomi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd