• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persediaan Tahun Melawat Johor 2020 Hambar?

oleh
03/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan keseriusan kerajaan negeri dalam mempromosikan negeri ini sempena Tahun Melawat Johor 2020 yang akan bermula dalam tempoh enam bulan.

Ini kerana, menurut beliau yang juga Naib Presiden UMNO, sehingga kini belum ada sebarang pengumuman besar atau iklan awal yang menarik mempromosikan negeri ini kepada pelancong dibuat kerajaan negeri sekali gus Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung sepatutnya sudah rancak mempromosikan pelbagai tempat menarik di negeri ini.

Malah, katanya, sehingga hari ini juga, tiada sasaran pengunjung ditetapkan dan apakah strategi yang disediakan kerajaan negeri bagi memastikan jumlah tersebut dicapai selain apakah program atau acara yang disusun untuk promosi secara berterusan.

“Tidak sampai enam bulan, Tahun Melawat Johor 2020 akan bermula. Jangkaan kita, Johor pastilah akan menjadi destinasi sasaran pengunjung tempatan dan pelawat luar negara dari serata dunia dan akan ada pelbagai promosi menarik, persembahan memukau serta cara berterusan bagi menggamit kunjungan pelancong.

“Tetapi mengapa Johor kelihatan sangat sunyi dan sepi, seolah-olah Johor tidak bersedia menerima pengunjung. Seperti tidak mahu orang datang ke tempat kita atau kerajaan negeri tidak berasa bahawa Johor adalah negeri yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan yang bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun Johor banyak tempat menarik untuk dilawati, promosi dan kempen serius perlu dilakukan dengan kreatif, berkesan dan terlihat.

Tambahnya, promosi dan kempen Tahun Melawat Johor sepatutnya sudah berjalan meriah dan rancak, tambahan pula, pada tahun hadapan juga Johor akan menjadi tuan rumah SUKMA 2020. Malah, 2020 adalah Tahun Melawat Malaysia.

“Justeru, di mana keseriusan dan kesungguhan kerajaan dalam perkara itu? Jangan jadikan Johor negeri malap,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: 2020JohorKhaled Nordintahun melawat johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd