• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Lagi Senarai Lain Terima Wang 1MDB

oleh
25/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng percaya terdapat lebih ramai individu dan persatuan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan pengamal media yang menerima wang daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain daripada 41 responden yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun berkata, kebanyakan pihak berkenaan masih dalam kawalan Kementerian Kewangan dan tiada kaitan dalam skandal 1MDB sebaliknya hanya menerima wang tersebut.

“Ada penerima lain melibatkan persatuan-persatuan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang yang memperoleh wang ini.

“Tetapi sebagai penerima, mereka tahu punca wang tersebut kerana cek ada nama 1MDB tetapi (mereka) tidak terlibat dalam kegiatan jahat Jho Low dan Arul Kanda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Sementara itu, Guan Eng menggesa pihak terbabit mengembalikan wang yang terima sama ada daripada Yayasan 1MDB atau kelab kebajikan 1MDB kepada kepada kerajaan.

Katanya, mereka perlu berbuat demikian bagi mengelakkan akaun masing-masing daripada dibekukan oleh SPRM.

“Sebab itu saya minta mereka yang terima wang sama ada daripada Yayasan 1MDB atau kelab kebajikan 1MDB, mereka harus kembalikan wang tersebut kepada kepada kerajaan.

“Bila SPRM keluarkan senarai, akaun akan dibekukan, jadi dengan cara ini (kembalikan wang), ia lebih memudahkan,” katanya. – K! ONLINE

Tags: 1MDBLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd