• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Salahkan MAB Tak Dapat Jumpa PM Di London

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menegur perkhidmatan Malaysia Airlines Berhad (MAB) selepas gagal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di London.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata disebabkan kelewatan penerbangannya daripada Kuala Lumpur mengakibatkan beliau tidak dapat bertemu Mahathir yang mengadakan lawatan kerja di United Kingdom.

“Pada 16 Jun 2019, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sepatutnya mempunyai temujanji penting untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad di London, England.

“Akan tetapi, disebabkan kelewatan pesawat Malaysia Airlines MH0002 untuk berlepas selama lebih kurang dua jam 30 minit dari Kuala Lumpur pada malam 15 Jun 2019, temujanji yang sepatutnya berlaku pada pagi 16 Jun 2019 itu gagal untuk berlangsung.

“Menteri Pertahanan singgah ke London semata-mata untuk bertemu dengan perdana menteri dalam perjalanannya untuk lawatan rasmi ke Perancis,” kata kenyataan itu lagi.

Kejadian berlaku pada 16 Jun lalu ketika Mohamad Sabu dalam perjalanan ke Perancis.

“Kesulitan ini amat dikesali dan diharapkan pihak Malaysia Airlines tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

Tags: LondonMahathir MohamadMohamad Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Betul Ke Sokongan PH Menurun? Sambutan Di Melaka Meriah” – Mohamad Sabu

“Betul Ke Sokongan PH Menurun? Sambutan Di Melaka Meriah” – Mohamad Sabu

07/11/2026
0

MELAKA - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mempersoalkan dakwaan bahawa sokongan terhadap gabungan itu masih menurun,...

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbas detik PH mengambil keputusan bekerjasama dengan Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd