• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lebih Sudu Dari Kuah, Hasrat Nie Ching Amat Janggal”

oleh
18/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. YB Teo Nie Ching selaku Timbalan Menteri Pendidikan sekali lagi dilihat mendahului bosnya, Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik dalam mengutarakan cadangan-cadangan kepada rakyat berkaitan pendidikan negara kita. Terbaru, YB Teo membuat pengumuman bahawa Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) telah ditubuhkan untuk mengkaji pelbagai aspek mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan dan menjemput individu, kumpulan dan institusi tanpa mengira agama untuk mengemukakan cadangan.

2. Pertama, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia melihat cadangan untuk menjemput sesiapa sahaja tanpa mengira agama bakal mencetuskan kecelaruan dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi kecelaruan di kalangan guru-guru dan anak-anak di sekolah. Seharusnya jemputan tersebut ditujukan kepada golongan yang arif dengan agama Islam dan golongan pendidik beragama Islam, yang sememangnya mengamalkan ajaran Islam di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, bagaimanakah seorang individu beragama Kristian, Hindu, Buddha atau Athiest boleh memberikan cadangan membina untuk menambah baik mata pelajaran Pendidikan Islam seperti ibadat Islam solat, puasa, zakat, dan haji jika mereka tidak pernah melakukan ibadat tersebut?

3. Kedua, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa YB Menteri Pendidikan untuk bersikap lebih proaktif berkaitan hal pendidikan negara dan berkomunikasi dengan Timbalan Menteri beliau. Sepanjang tempoh lebih setahun Pakatan Harapan memerintah negara, kita melihat YB Timbalan Menteri tanpa segan silu melangkaui kenyataan atau keputusan bos sendiri, YB Menteri Pendidikan. Akibatnya, banyak kenyataan pusingan-U atau “u-turn” dibuat oleh Menteri untuk memperbetulkan kenyataan.

4. Ketiga, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa seluruh rakyat Malaysia beragama Islam, terutama golongan yang arif dengan ilmu agama Islam, seperti mufti dan alim ulama untuk memberikan nasihat dan pandangan terus kepada YB Menteri Pendidikan demi mengelakkan agama Islam diperkotak-katikkan sejak awal pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Tags: Maszlee MalikParti IKATAN Bangsa MalaysiaPPKPITeo Nie Ching
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd