• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latheefa Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Latheefa Beebi Koya mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ke-14, untuk tempoh kontrak dua tahun, mulai 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Latheefa, 46, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon memendekkan kontrak beliau lebih awal yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London merupakan bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty dan bekas anggota jawatankuasa pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Turut hadir menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Tags: angkat sumpahKetua Pesuruhjaya SPRMLatheefa Koya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM

28/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato'...

ADUN Juasseh Ismail Lasim MB Baharu Negeri Sembilan

ADUN Juasseh Ismail Lasim MB Baharu Negeri Sembilan

02/08/2026
0

KUALA PILAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd