• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lari Rumah Kerana Dimarahi Bapa, Diganggu Rakan

oleh
27/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Dua pelajar lelaki pasangan adik-beradik yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk ke sekolah Isnin lalu ditemui selamat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata Mohd Adam Mohd Taufik, 16 bersama adiknya Mohd Fairus Mohd Taufik, 12 ditemui sedang tidur di Surau Flat Jasa, Mutiara Rini Johor Bahru kira-kira jam 4.30 pagi.

“Soal siasat awal mendapati kedua-dua pelajar ini menaiki bas dari Perhentian Bas Pontian ke Stesen Bas Larkin, Johor Bahru.

“Mereka kemudiannya menaiki teksi untuk ke Taman UngkuTun Aminah, Skudai. Semasa berada di situ, mereka berteduh di kawasan Taman Permainan dan juga surau sehingga ditemui berada di Surau Flat Jasa Mutiara Rini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Pontian, tengah hari tadi.

Mustafa berkata, hasil temu bual pelajar berkenaan menjelaskan punca mereka lari disebabkan telah dimarahi bapa mereka kerana tidak hadir ke sekolah.

Selain itu, mereka turut memberitahu sering diganggu oleh rakan sekelas.

“Pasangan adik-beradik ini kemudian mengambil keputusan untuk tidak pergi sekolah pada hari Selasa dan menaiki bas untuk ke Johor Bahru.

“Mereka tiada hala tuju. Duit raya yang diperoleh pada Aidilfitri lalu digunakan untuk membayar tambang bas dan teksi,” katanya.

Mustafa memberitahu, kedua-dua beradik ini ditemui dalam keadaan sihat.

“Hasil pemeriksaan fizikal kedua-duanya didapati dalam keadaan sihat dan dirujuk ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Terdahulu pada Selasa lepas, polis menerima laporan kehilangan dua pelajar yang juga pasangan adik beradik.

Kedua-dua pelajar itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Flat A Taman Megah untuk ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi.

Mohd Adam bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sri Perhentian manakala adiknya Mohd Fairus bersekolah di Sekolah Kebangsaan ( SK) Pontian Besar. – Sinar Harian

Tags: adik-beradikkanak-kanaklari rumahpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd