Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Malaysia Sasar Mara Ke...

SEREMBAN - Malaysia menyasarkan untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Remaja Asia...

Skuad Hoki Wanita Sasar...

KUALA LUMPUR – Malaysia meletakkan sasaran layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki...

MUDA Sertai PH Johor...

Johor Bahru : Pakatan Harapan (PH) Johor mengesahkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA),...

Pandemik Covid-19 Masih Belum...

PANDEMIK koronavirus (Covid-19) masih belum berakhir.Amaran itu dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika...

Klip Video Seks Belum Disahkan Tulen

KUALA LUMPUR – Polis belum dapat mengesahkan ketulenan klip video seks intim melibatkan lelaki mirip seorang menteri yang tular baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, ini kerana pihaknya masih lagi menjalankan siasatan ke atas klip video itu.

Beliau turut menjelaskan polis tidak terikat dengan tempoh waktu untuk menyelesaikan siasatan kes tersebut.

“Kita mahu menjalankan siasatan dengan sempurna dan tidak mempunyai tempoh waktu tertentu.

“Setakat ini, 21 keterangan telah dirakam dan siasatan berlaku setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan siasatan klip video seks itu selepas agensi media Australia, SBS News melaporkan pakar-pakar tekah bersetuju bahawa tidak ada kelihatan sebarang pengubahan digital telah dibuat ke atas video itu.


Mazlan menambah, pihaknya juga tidak akan memaklumkan sama ada terdapat penahanan individu dalam masa terdekat ini.

Namun jelas beliau, sesiapa sahaja boleh dipanggil untuk memberi keterangan berdasarkan analis asiasatan yang sedang dijalankan.

“Sesiapa sahaja boleh dipanggil dan saya bercakap secara umum serta tidak semestinya hanya merujuk ahli politik tertentu,” katanya.

Kategori