• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keterangan Ismee Bercanggah – Peguam Najib

oleh
13/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd hari ini ditangguhkan selepas peguam bela Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan agar ia dihentikan awal.

Ketua pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau ingin meneliti keterangan bekas bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail, yang dipercayai bercanggah keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rahsuah Malaysia (SPRM).

Menurut Shafee, ini susulan saksi ke-39 itu sebelum ini berkata nasihat resolusi pemegang saham perlu dipatuhi berbanding Najib selaku Penasihat Emeritus SRC.

“Kami memohon untuk meneliti transkrip keterangan saksi tentang resolusi petang ini,” katanya kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sambil memohon perbicaraan disambung pada esok pagi.

Mohd Nazlan yang meluluskan permohonan tersebut kemudian menetapkan perbicaraan disambung esok pada 9 pagi.

Terdahulu Ismee diasak dengan soalan Harvinderjit Singh berkaitan resolusi yang digunakan oleh pihak pengurusan SRC.

Soalan itu bertitik tolak daripada pengakuannya gagal merujuk kepada Najib tentang akaun yang tidak diaudit.

Ismee merupakan saksi yang dipanggil selama empat hari berturut-turut untuk memberi keterangan kepada mahkamah dalam perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri.

Semalam beliau berkata tidak tahu tentang kehilangan wang RM2 bilion daripada SRC yang kemudian disalurkan ke dalam akuan Ambank dengan nombor akaun berakhir 736.

Bagaimanapun kata beliau, pada masa sama syarikat itu mempunyai dua akaun bank antarabangsa iaitu di Hong Kong dan Switzerland yang mana wang dihantar ke kedua-dua bank tersebut. – MalaysiaGazette

Tags: ismee IsmailKWAPNajib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui dana KWAP tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd