Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan, Pesara Kerajaan...

KOTA KINABALU - Seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang...

Stok Simpanan Bauksit Di...

KUANTAN - Biarpun pelaksanaan moratorium terhadap perlombongan bauksit di Kuantan kini memasuki bulan...

MySMINK Sasar Buka Stor...

KUALA LUMPUR - Portal kecantikan mySMINK yang memasarkan produk berjenama tempatan, menyasarkan jualan...

Warga Emas Lelaki Rentung...

LAHAD DATU – Seorang lelaki warga emas rentung apabila rumahnya di Jalan Dam...

Kementerian Luar Terima Nota Mohon Ekstradisi Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan sudah menerima nota permohonan daripada kerajaan India bagi mengekstradisi pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan masih berpegang kepada pendirian bahawa Malaysia mempunyai hak untuk tidak menghantar pulang atau tidak pendakwah tersebut.

“Kita sudah terima nota (ekstradisi) daripada pihak berkuasa India, saya tidak ingat bila, tetapi kita sudah terima.

“Buat masa ini, kita tidak ada keputusan baru, masih dengan keputusan asal,” katanya selepas melancarkan buku Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim di Universiti Malaya, di sini hari ini.

Pada Julai 2018, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan tidak akan menghantar pulang pendakwah tersebut selagi beliau tidak menimbulkan masalah di negara ini.

Selain itu, penceramah itu juga tidak akan dihantar pulang kerana sudah diberikan status penduduk tetap negara ini.


Pendirian Perdana Menteri turut diulangi lagi baru-baru ini apabila beliau membandingkan tindakan yang sama dilakukan pihak berkuasa Australia yang sebelum ini tidak menghantar pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar.

Sirul telah dijatuhkan hukuman mati mandatori pada 2015 atas tuduhan membunuh seorang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu namun undang-undang Australia tidak mengiktiraf hukuman tersebut.

Dalam pada itu, pada 20 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan atau keputusan selagi tidak menerima permohonan rasmi daripada India. – Sinar Harian

Kategori