• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Adib Persoal Campur Tangan Tommy

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman mempersoalkan campur tangan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam inkues yang bermula sejak 11 Februari lalu sehingga prosiding tersebut tertangguh.

Abang sulungnya, Mohd. Asraf, 31, berkata, sepanjang inkues berlangsung sejak Februari lalu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Peguam Negara sehinggalah prosiding dijalankan berada di penghujung.

“Kami sekeluarga terutama ayah hairan kenapa campur tangan dan kenyataan dari Peguam Negara dikeluarkan sejurus inkues hampir tamat. Akibat campur tangan ini, prosiding yang hampir selesai terpaksa ditangguhkan.

“Pihak keluarga tidak menginginkan apa-apa, kami cuma mahukan keadilan untuk arwah Adib sahaja,” tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Peguam, Syazlin Mansor yang kembali mewakili keluarga dalam prosiding inkues, Mohd. Asraf berkata, perkara itu telah dibincangkan di peringkat kedua-dua pihak.

“Kami bersyukur apabila beliau (Syazlin) memaklumkan ingin kembali mewakili keluarga. Malah, ayah sendiri mahukan Syazlin mewakili keluarga untuk terus membela nasib arwah Adib,” ujarnya.

Menceritakan lanjut, Mohd. Asraf berkata, perayaan Aidilifitri tahun ini sememangnya berbeza kerana ketiadaan Muhammad Adib.

“Namun, kami bersyukur kerana masih ada yang mengingati berikutan ada pihak terutamanya rakan-rakan daripada Bomba yang datang melawat keluarga di kampung.

“Malah, ada kenalan arwah Adib juga yang menghubungi kami bertanyakan khabar,” katanya.

Allahyarham Muhammad Adib terlibat dalam rusuhan ketika kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November tahun lalu, namun menghembuskan nafas terakhirnya 21 hari kemudian. – UTUSAN ONLINE

Tags: inkuesKuil Sri Maha MariammanMuhammad AdibTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rayer Bersyukur Kepada Tuhan, Kuil Sri Maha Mariamman Bakal Dipindah Ke Tapak Baharu

Rayer Bersyukur Kepada Tuhan, Kuil Sri Maha Mariamman Bakal Dipindah Ke Tapak Baharu

01/10/2026
0

PULAU PINANG - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer melahirkan rasa syukur kepada Tuhan susulan persetujuan pada dasarnya untuk membantu menempatkan...

Inkues : Koroner Kekalkan Larangan Media Dalam Kamar Ketika Saksi Kanak-Kanak Beri Keterangan

Inkues : Koroner Kekalkan Larangan Media Dalam Kamar Ketika Saksi Kanak-Kanak Beri Keterangan

25/09/2025
0

Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini mengekalkan keputusan tidak membenarkan media berada di dalam kamar mahkamah ketika saksi kanak-kanak memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd