• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Islam Diganggu Gugat Di Bawah Pakatan Harapan

oleh
20/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pasca PRU14 menyaksikan rakyat negara ini kecewa dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) atas kegagalannya menunaikan janji manifesto.

Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa, selain itu, pihaknya juga mendapati ada usaha bagi mengganggu gugat kesucian Islam secara terang-terangan.

Menurutnya, pelbagai penghinaan dapat dilihat di laman sosial apabila ada segelintir golongan menanamkan persepsi negatif terhadap agama yang dibawa Nabi Muhammad.

“Golongan terbabit cuba memecahbelahkan umat Islam agar mereka dapat mengambil kesempatan yang ada.

“Contohnya, sepanjang Ramadan yang lalu, ada dalam kalangan mereka sangat lantang menentang Islam dalam Parlimen, tetapi diberi peluang menceroboh institusi Islam dengan mengagihkan zakat kepada masyarakat Islam.

“Agenda ini sangat terancang dan melibatkan pertubuhan antarabangsa sebagai pendesak. Ini dapat dilihat melalui percubaan merektifikasi Konvensyen Antarabangsa Menentang Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom yang akhirnya membuka ruang kepada campur tangan antarabangsa dalam urusan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kali Ke-60 di Bukit Gambang Resort City (BGRC) hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil berkata, ancaman terhadap akidah umat Islam semakin banyak buat masa kini.

Jelasnya, ia termasuk keruntuhan akhlak dan moral anak muda semakin menjadi-jadi dengan budaya seks songsang berleluasa tanpa kawalan.

Muhammad Khalil menambah ia disuburkan lagi dengan kewujudan ikon tempatan sama ada artis atau usahawan yang tanpa segan silu mempromosi budaya berkenaan.

“Perbuatan itu menyebabkan jati diri umat Islam semakin terhakis sehingga tiada lagi sensitiviti terhadap kemaksiatan yang kita lihat berlaku secara berleluasa.

“Mereka yang ditugaskan untuk menjaga agama Islam pula lebih prihatin dan beriya-iya mempertahan agama lain serta lebih suka berdiam diri ketika agama Islam dihina.

“Ia jelas kepada kita bahawa Islam diserang dari pelbagai sudut, iaitu dari sudut akidah, akhlak, sistem perundangan dan politik,” katanya. – Sinar Harian

Tags: islamMuhammad Khalil Abdul HadiMuktamar PAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd