• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hantar Anak Ke Spa Kalau Nak Dimanja” – Azhan Rani

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tular di media sosial insiden pelajar perempuan sekolah menengah dirotan kerana menggelar guru lelakinya pondan.

Ianya mencetus pelbagai reaksi dan tidak ketinggalan memberikan respon adalah pelakon yang terkenal dengan pemegang karakter ‘Ustaz Hamadi’, Azhan Rani.

Pelakon Nur 2 itu memberikan beberapa cadangan kepada ibu bapa yang cepat melatah apabila anak dirotan di sekolah.

Katanya, ibu-bapa boleh memilih sama ada membungkus anak dengan plastik gelembung dan menandakan fragile (mudah pecah).

Beliau juga sempat menyindir dengan menyarankan agar ibu bapa tidak lagi menghantar anak ke sekolah sebaliknya hanya ke spa jika mahu mereka dimanjakan bukannya diajar oleh cikgu.

“Simpan je anak kau dalam peti ais kalau tak nak dia calar-balar langsung. Balut anak kau tu dalam plastic bubble pastu letak sticker fragile kat dahi anak kau.

“Buka sekolah sendiri, kau jadi cikgu, kaulah pengetua dia. Stop hantar anak kat sekolah. Hantar dia ke spa yang boleh manjakan seluruh tubuh dia lima kali seminggu,” tulisnya di Instastory hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi dua minit 28 saat menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki ekoran anak perempuannya dirotan.

Dalam rakaman itu guru berkenaan dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar yang menggelarnya pondan, namun dipertikaikan ibu berkenaan sambil menunjukkan kesan rotan pada tubuh anaknya. – MalaysiaGazette

Tags: anakazhan raniibu-baparotanSekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd