• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tampar Polis: Farid Kamil Diperintah Bela Diri

oleh
21/06/2019
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan pelakon filem Lagenda Budak Setan, Datuk Farid Kamil Zahari, 38, membela diri atas empat pertuduhan termasuk mencederakan anggota polis Januari tahun lalu.

Majistret Nor Arifin Hisham membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie.

“Mahkamah membuat keputusan ini selepas meneliti hujahan dan pertimbangan keterangan saksi-saksi termasuk eksibit serta hujahan yang dikemukakan.

“Setelah mahkamah membuat penilaian maksima yang kredibel (meyakinkan) pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan mengikut Seksyen 323, Seksyen 353 dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” kata Nor Arifin dalam keputusan.

Terdahulu ketika ditanya mahkamah, suami kepada aktres Diana Danielle memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah daripada kandang saksi.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 dan 18 Julai sebagai tarikh sambung bicara untuk bela diri.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran manakala pelakon itu diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom dan Datuk Amirul Ridzuan Hanif.

Pada 16 Januari 2018, Farid Kamil mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad, 36, dan Konstabel Mohd. Nizam Jamaluddin, 25.

Farid Kamil juga berdepan pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap Mohd. Nizam sebagai pegawai dengan niat menghalangnya melakukan tugas.

Pelakon itu turut didakwa kerana berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Mohd. Nizam sehingga mendatangkan kemarahan.

Pada 15 Mei lalu, pelakon itu dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan namun Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penangguhan hukuman berkenaan atas kesalahan penyalahgunaan dadah Januari tahun lalu.

Tags: dadahFarid KamilHukuman Penjaratampar polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd