• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjung Spotter Dek Pemerhati Pesawat Terbuka Pertama KLIA

oleh
17/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Dek pemerhatian terbuka Malaysia pertama, untuk peminat aktiviti pemerhatian pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, kini dibuka untuk orang ramai.

Dinamakan ‘Anjung Spotter’ yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa bagi merakamkan saat pesawat berlepas dan mendarat di KLIA itu, dibina dengan kos RM300,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Bhd. (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin berkata pihaknya merancang menjadikan Anjung Spotter sebagai satu destinasi wajib dikunjungi pelancong, yang tiba di KLIA.

“Pada masa ini, terdapat ramai peminat aktiviti permerhatian pesawat yang datang ke sini, untuk bertemu peminat yang sama di Malaysia, sebelum merakamkan pelbagai gambar di sekitar lapangan terbang (KLIA),” kata Raja Azmi di pelancaran Anjung Spotter di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi MAHB, Tan Sri Zainun Ali.

Dek pemerhatian tersebut dibina dalam lingkungan 10 kilometer persegi KLIA itu bagi membolehkan orang ramai merakamkan gambar saat pesawat berlepas dan mendarat dari kawasan yang strategik.

Peminat aktiviti pemerhatian pesawat dan penerbangan, kini mempunyai lokasi terbaik bagi melihat pesawat yang mendarat melalui Landasan 32 Kiri, yang terletak di Jalan Pekeliling, daripada dek tersebut.

Raja Azmi berkata, MAHB berharap Anjung Spotter akan menjadi tarikan pelancong yang terkenal seperti yang ada di Perth, Australia; Frankfurt, Jerman dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh-Durham di Amerika Syarikat.

Katanya MAHB juga sedang mengenal pasti beberapa lagi lokasi di lapangan terbang di bawah kelolaannya untuk dibina dek seperti itu bagi memberikan pengalaman yang sama untuk peminat.

Tags: Anjung SpotterDek Pemerhati PesawatKLIA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd