• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Juta Orang Sertai Tunjuk Perasaan Di Hong Kong

oleh
17/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Hampir dua juta orang mengambil bahagian dalam rapat umum besar-besaran di Hong Kong bagi menentang rang undang-undang ekstradisi yang menimbulkan kontroversi di wilayah itu, menurut penganjur.

Ini menjadikannya tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah Hong Kong. Namun pihak polis menepis dakwaan penganjur itu dan menyatakan ia hanya disertai 338,000 penduduk.

Tunjuk perasaan itu masih diadakan walaupun pelaksanaan rang udang-udang tersebut – yang akan membolehkan penduduk Hong Kong diekstradisi ke tanah besar China – telah ditangguhkan pada Sabtu.

Pada Ahad, Ketua Eksekutif Carrie Lam turut meminta maaf kerana mencadangkan rang undang-undang itu.

Kebanyakan penunjuk perasaan, yang khuatir ia akan menambah pengaruh China ke atas Hong Kong, mendesak Lam untuk meletak jawatan.

Mereka juga mahu rang undang-undang tersebut dibatalkan terus dan bukan sekadar ditangguhkan.

“Tunjuk perasaan hari ini disertai hampir dua juta orang,” kata Jimmy Sham dari kumpulan Civil Human Rights Front lewat Ahad.

Namun tunjuk perasaan tersebut dijalankan secara aman dan pihak polis dilihat membenarkan mereka menyusuri jalan-jalan utama Hong Kong tanpa halangan.

Ini berbeza dengan tunjuk perasaan pada Rabu yang menyaksikan beberapa pertempuran antara orang ramai dan pihak polis. Puluhan orang dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

Tunjuk perasaan itu bermula di Dataran Victoria dan ramai dilihat memakai baju hitam.

Kebanyakan mereka turut mengenakan bunga putih pada baju bagi memperingati seorang tunjuk perasaan yang meninggal dunia pada Sabtu.

Dia dilaporkan terjatuh dari tingkap sebuah bangunan selepas cuba memasang sepanduk anti ekstradisi. – Agensi

Tags: ChinaekstradisiHong Kongtunjuk perassan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd