• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Nafi Terima Arahan Naikkan Bil Elektrik

oleh
29/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyangkal dakwaan awam kononnya menerima arahan menaikkan caj bil elektrik kepada pengguna di negara ini.

Dalam kenyataan terbaharunya, TNB menafikan satu mesej tular di media sosial kononnya Ahli Lembaga Pengarah TNB telah menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.

“Mesej tersebut yang kononnya ditulis oleh seorang pekerja TNB adalah palsu dan tidak berasas.

“Selain itu, TNB tidak mempunyai warga kerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan,” kata Kumpulan Komunikasi Korporat TNB dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, TNB menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan mesej tersebut dan tidak berkongsi dalam media sosial.

“Untuk makluman, tarif elektrik ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga,” tegas pihak tersebut.

Penjelasan bertulis TNB itu dibuat selepas seorang individu bernama Ahmad Fadhil Hanapi dari Brickfields, Kuala Lumpur berkongsi kenyataan di media sosial berhubung kenaikan bil elektrik TNB kononnya sebagai catatan kakitangan TNB.

Catatan Ahmad Fadhil berbunyi: ”Kita tidak ada pilihan terpaksa akur pada arahan BOD (lembaga pengarah) TNB yang mendapat arahan dari kerajaan untuk menaikkan bayaran tarif elektrik hingga ke 30 peratus kenaikannya.

“Kami menyedari dan memahami rasa terkejut pengguna atas kenaikan kadar bayaran tarif elektrik ini, tapi apa pilihan yang kami ada selain dari tunduk kepada tekanan yang diberikan.

“Kenaikan ini berlaku secara senyap tanpa pengetahuan pengguna atas desakan kerajaan untuk menampung bayaran bonus kepada penjawat awan dan juga pesara.

“Maafkan kami rakyat Malaysia, kami terpaksa akur dan tunduk kepada arahan BOD yang menerima arahan dari kerajaan.”

Tags: Bil ElektrikTenaga Nasional BerhadTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd