• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tidak Ada Restu! Filem Lama Ditayang Semula”

oleh
14/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tidak ada restu.”

Itu penjelasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya berhubung kenyataan menantunya, Zaharudin Muhammad yang mendakwa telah mendapat restu Presiden PAS itu ketika membuat pendedahan tentang ‘kartel dedak’.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, dakwaan tersebut tidak benar dan pendedahan itu dibuat tanpa pengetahuan beliau selaku presiden.

“Itu tidak betul. Restu ini tidak betul. Tidak ada restu,” katanya dalam sidang media selepas Program Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan PAS Pusat bersama media di ibu negara hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, pendedahan ‘kartel dedak’ yang dibongkar menantunya ialah filem lama yang sengaja ditayangkan semula.

“Itu (kartel dedak) itu filem lama yang sudah ditayang, ia sudah selesai.

“Kita anggap perkara itu dah selesai, ia libatkan disiplin,” ujar Abdul Hadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; tiga Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Datuk Iskandar Abdul Samad; dan Idris Ahmad serta Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Kelmarin Zaharudin dalam entri Facebooknya membuat pendedahan tentang kewujudan ‘kartel dedak’ yang membabitkan lima pemimpin PAS sambil mendakwa perbuatannya itu bertujuan mengelak serangan parti lawan.

Tindakannya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan desas-desus bahawa Zaharudin dikatakan sebagaai individu yang bertanggungjawan menyebarkan rakaman audio penting yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum Mei tahun lalu.

Beliau berkata, kumpulan ‘kartel’ pada waktu itu juga memujuk supaya Abdul Hadi mengarahkan pendedahan yang dibuatnya di Facebook (FB) dihentikan.

“Kartel waktu itu sudah mula cucuk tok guru (Abdul Hadi) suruh hentikan FB saya. Macam biasa, bagi info (maklumat) separuh masak kata saya tembak sama sendiri dalam FB.

“Akhirnya, saya bagi penjelasan sebab apa saya buat begitu dan tok guru (Abdul Hadi) restu dan saya tak tarik tulisan itu sampai sekarang,” dedah beliau.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, Zaharudin akan dihadapkan ke Jawatankuasa Displin parti bagi menyiasat perilaku tersebut.

“Kita dimaklumkan, kita terima aduan berhubung perlanggaran tatatertib parti.

“Jawatankuasa Disiplin PAS akan buat keputusan. Aduan itu akan disiasat dan dibuat pendakwaan,” katanya. – MalaysiasGazette

Tags: Abdul Hadi AwangKartel DedakZaharudin Muhammad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd