• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarawih: Nik Abduh Harap Larangan Operasi Ditarik Balik

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berharap larangan operasi premis makanan bermula pukul 8.30 malam sehingga 10 malam di Kelantan sepanjang Ramadan ditarik balik.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan PAS Kelantan itu dilihat telah mengganggu keberkatan bulan Ramadan yang menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan bukannya dihalang.

“Saya ditunjukkan surat arahan tersebut selepas solat sunat Tarawih. Selepas disahkan kebenarannya, saya dengan ini berharap dan berdoa agar arahan ini ditarik balik.

“Pada bulan penuh kelebihan ini, umat Islam digalakkan menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah Rasulullah SAW,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya malam tadi.

Menurutnya lagi, barang siapa yang diharamkan oleh Allah dengan keberkatan dan kelebihan di bulan Ramadhan, maka sesungguhnya dia telah diharamkan daripada segala kebaikan – maksud hadis al Rasul.

Semalam tular dilaman sosial surat arahan yang dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya semua premis makanan ditutup atau menghentikan operasi selama sejam 30 minit bermula dari pukul 8.30 malam sepanjang Ramadan.

Surat yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Adnan Hussin itu menjelaskan bahawa arahan tersebut bagi menghormati Ramadan dan mengalakkan umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih. – K! ONLINE

Tags: KelantanNik Abduh Nik Azizramadantarawih
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd