Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Mahkamah AS Benar Kirim...

WASHINGTON DC - Anda tentu pernah mengirimkan bungkusan untuk insan tersayang atau sebab...

Penduduk Orang Asli Pos...

GUA MUSANG - Lebih 500 penduduk Orang Asli di Pos Balar terputus hubungan...

Pengantin Lelaki Ditahan Menipu...

MACAM ni pun ada. Seorang pengantin perempuan telah menghubungi polis supaya menangkap suaminya...

Godam Akaun Media Sosial,...

Kuala Lumpur : Sebanyak 494 kes dilaporkan di seluruh negara berkaitan penipuan penyamaran...

Syed Saddiq Jangan Ambil Tugas Menteri Pelancongan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu mengambil tugas sebagai menteri pelancongan untuk mempromosikan Malaysia.

Sebaliknya, beliau harus menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Belia dan Sukan dengan membangunkan atlet-atlet agar kemajuan sukan negara dapat dipertingkatkan di persada dunia, kata vokalis Wings, Datuk Ahmad Azhar Othman.

Ahmad Azhar atau lebih dikenali sebagai Awie berkata, langkah Syed Saddiq yang cuba mempromosikan negara ini dengan membawa artis luar jelas menunjukan bahawa beliau tidak tahu taraf sebilangan pemuzik tanahair sebenarnya setanding di peringkat antarabangsa.

Katanya, ramai artis-artis tempatan yang sebenarnya secara senyap telah mempromosikan negara di peringkat dunia dan langkah mengundang pemuzik luar untuk menarik pelancong adalah satu perkara yang silap.

“Pandang dan lihat anak bangsa sendiri, asyik-asyik nak promosi Malaysia kena bawa orang luar.

“Orang luar biarlah dia memang dia dah bagus di sana, cukuplah. Orang luar nak tengok apa yang ada di sini. Kalau pelancongan naikkan pelancongan kalau sukan naikkan sukan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Dalam pada itu Awie turut mempersoalkan tindakan Syed Saddiq yang mahu berbelanja dengan mengundang artis luar ketika negara kini sedang dilanda kemelut ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, adalah lebih baik kerajaan memberikan tumpuan kepada penggiat seni tanahair yang mempunyai bakat besar dalam mengharumkan nama negara melalaui hiburan.

“Kalau betul nak menarik pelancong bukan tugas dia tugas menteri pelancongan.


“Kalau dia menteri belia dan sukan bawa dan latihlah apa yang boleh diketengahkan dalam industri sukan ke persada luar,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 55 tahun itu tidak mahu perkara yang dibangkitkan itu dilabel sebagai satu serangan politik tetapi mahu dilihat sebagai luahan daripada seorang pemuzik tempatan.

Katanya, meskipun beliau tahu ada pihak yang cuba mempolitikkan kata-katanya, namun, jelas penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sejati’ itu menganggap terpulang kepada individu itu untuk mentafsirkannya.

Pada 23 April lepas, Syed Saddiq memaklumkan pihaknya kini dalam usaha membawa masuk kumpulan BTS ke negara ini untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan usaha itu dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

Namun, usaha dan kerjasama bersama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes itu mendapat banyak maklum balas negatif netizen termasuk selebriti tanah air. – MalaysiaGazette

Kategori