• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Bertemu Ratu Elizabeth II Di England

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluangkan masa bersama Ratu Elizabeth II ketika berangkat ke Pertunjukkan Kuda Windsor, England semalam.

Sultan Ibrahim berkenan hadir ke acara tahunan yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II atas jemputan khas Raja Bahrain Raja Hamad Isa Bin Salman Al-Khalifa.

Baginda yang berpengetahuan luas serta amat meminati sukan berkuda merupakan seorang pemain polo berpengalaman.

Sultan Johor turut berkenan meluangkan masa berbual bersama Ratu Elizabeth II mengenai minat Baginda dalam sukan berkuda.

Pada pertemuan itu, Baginda turut berkenan menemui anak kedua Ratu Elizabeth II, Duke Of York, Putera Andrew yang amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Johor.

Sultan Johor menerangkan kepada Putera Andrew bahawa Johor sedang pesat membangun di mana, pelbagai sektor menjadi tunjang kekuatan ekonomi negeri termasuk sektor pertanian dan perindustrian selain turut menerima beberapa pelaburan utama dari syarikat berpangkalan di Britain.

Ini termasuk kehadiran beberapa institusi pendidikan berprestij serta sekolah antarabangsa dari Britain yang melebarkan sayap mereka ke Johor. – UTUSAN ONLINE

Tags: EnglandJohorRatu Elizabeth IISultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd