• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Statut Rom: Allahuakbar! Sujud Syukur Kepada-Nya

oleh
17/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar.”

Hanya kalimah Allah itu sahaja dapat dilafazkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila mendapat perkhabaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan pengesahan menyatakan Malaysia telah menarik balik niat untuk meratifikasi Statut Rom.

Menurut Ismail Sabri, sepanjang Ramadan, rakyat telah melalui saat tegang dan berada di bawah tekanan kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah masih beria-ia untuk mengkaji dan mahu meneruskan usaha meratifikasi Statut Rom walau Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalannya sebelum itu.

“Kejayaan rakyat hari ini merupakan sebuah kejayaan bersama menentang kerajaan DAP-PH yang sedang membawa masuk agenda tersembunyi terhadap hak Melayu, hak umat Islam dan Institusi Raja-Raja terutama berkaitan kekebalan Raja-Raja Melayu yang selama ini kita dukung dan julang sebagai hak keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan.

“Dalam masa yang sama Statut Rom juga memperlekehkan Raja-Raja Melayu malah segala undang-undang yang terdapat di Malaysia terutama Mahkamah Khas untuk membicarakan Raja-Raja Melayu.

“Agenda demi agenda boleh kita lihat yang mahu dibawa oleh kerajaan PH ini sepanjang setahun mereka berkuasa. Kesemua agenda yang mahu dibawa ialah berkaitan hak istimewa Islam, Melayu,Bumiputera dan sama rata agama melalui cadangan ratifikasi ICERD,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, rakyat tahu siapa yang ada di belakang kesemua agenda yang telah dibawa.

“Kita tahu keterlibatan individu-individu penting yang sentiasa mencuba dan mengkaji apa jua cara untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu.

“Alhamdulillah, dalam bulan Ramadan yang barakah ini perjuangan kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Benarlah, dalam bulan mulia ini doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT.

“Bagaimana Rasulullah berjaya dalam Perang Badr bersama para Sahabat pada 17 Ramadhan berdepan Kaum Quraisy dan begitu juga kita telah mencatat sejarah kemenangan pada 10 Ramadhan menentang PH di Malaysia..Allahuakbar,” kata beliau.

Kata Ismail Sabri: “Kita semua harus sujud syukur kepada-Nya atas pengurniaan kemenangan ini yang telah menidakkan agenda PH yang mahu dibawa.” – UTUSAN ONLINE

Tags: ICCIsmail Sabri Yaakobpakatan harapanStatut Rom
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd