Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Bantuan Khas Aidilfitri Perlu...

KUALA LUMPUR - Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri...

Salut! Remaja Islam Selfie...

SEORANG gadis muslim mencuri perhatian dunia apabila bergaya 'comel' dengan mengambil selfie di...

Kerajaan Komited Jaga Kebajikan...

SEREMBAN - Perasmian Pangkalan Udara (PU) Sendayan hari ini membuktikan komitmen tinggi kerajaan...

MELCAT Bukti Ketelusan Pentadbiran...

MELAKA ā€“ Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Negeri Melaka...

SKMM Perlu Teliti Mendalam Gabung Axiata-Telenor

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa meneliti lebih mendalam cadangan penggabungan mega Axiata dan firma telekomunikasi Norway, TeĀ­lenor yang mungkin memberi implikasi negatif kepada negara ini.

Ia berkaitan mengapa Axiata tidak memilih entiti tempatan atau domestik sebagai rakan usaha sama, siapa Telenor ASA dan impak terhadap pengguna di Malaysia.

Penggabungan mega yang akan menghasilkan satu entiti baharu (MergedCo) itu dijangka menghasilkan pendapatan proforma bernilai RM50 biĀ­lion dan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah RM20 bilion, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Tan Sri Jamaludin semasa mengumumkan urus niaga ini.

Sememangnya penganalisis pasaran melihat penggabungan dengan Telenor yang dikuasai 54 peratus oleh kerajaan Norway, sebagai positif kerana mampu memulihkan harga saham Axiata, tetapi apakah kesan dan risiko ekonomi kepada negara?

Dan juga aset yang selama ini dimiliki Malaysia, bakal dikawal oleh negara asing. Apa maknaĀ­nya menjadi jaguh dunia tapi Axiata tidak akan menguasai kepentingan majoriti syarikat baharu kelak?

Mengapa Telenor dibenarkan menguasai ekuiti di dalam MergedCo tanpa membayar apa-apa premium, apa lagi bayaran tunai. Daripada 100 peratus pemilikan Celcom misalnya, kini apabila digabung hanya tinggal 44 peratus. Mengapa tidak 50-50?

Dalam wawancara hari ini, Jamaludin menafikan tanggapan bahawa penggabungan itu nanti, akan menghilangkan identiti Axiata dan seolah-olah seperti menjual aset tempatan kepada entiti asing.

ā€œIni adalah penggabuĀ­ngan, bukan pengambilalihan. MergedCo tidak akan dikuasai sama ada oleh Telenor atau Axiata,ā€ tegas beliau sambil menambah bahawa walaupun Telenor mempunyai kepentiĀ­ngan majoriti, semangat kesaksamaan dalam penggabungan adalah asas kepada usaha ini.

Cadangan ini menyusul hanya tiga bulan selepas Axiata melepaskan kepentingannya di dalam M1, pengendali telekomunikasi Singapura, kepada konsortium Singapore Press Holdings dan Keppel.

Saham Axiata menyusut dari RM7 pada Mei 2014 ke bawah RM4 sebelum naik kepada RM4.30 pada 13 Mei 2019- selepas pengumuman transaksi ini.

Axiata, menerusi anak syarikatnya di Nepal, Ncell Pte. Ltd. didenda oleh pihak berkuasa Nepal sebanyak RM1.45 bilion atas dakwaan mengelak cukai. Axiata membeli 80 peratus kepentingan di dalam Ncell daripada sebuah telko Norway juga pada harga RM1.365 bilion pada 2015.

Timbul persoalan di sini, apakah kedudukan kewangan Axiata sebegitu lemah sehingga memaksa ia bergabung dengan Telenor? Mengapa mesti syarikat Eropah? Tiada lagikah telko Asia yang layak?

Khazanah Nasional merupakan pemegang saham terbesar di dalam Axiata iaitu 37.14 peratus. Dalam konteks kedudukan kewangan Axiata itu, sudahkah Khazanah dan Axiata menilai alternatif lain yang mampu memberi nilai yang lebih kepada negara?


Penggabungan ini dilihat akan memberi persaingan tidak sihat di dalam pasaran telko Malaysia. Jika Axiata-Telenor bergabung bermakna ia akan memiliki 20.33 juta pengguna.

Kekuatan ini memberi syarikat baharu (MergedCo) nanti kuasa besar untuk menentukan harga selain memonopolikan spektrum jalur lebar. Lihat kisah monopoli televisyen satelit.

Adakah SKMM dan pengawal selia lain akan membenarkan transaksi ini? Adakah kepentingan pulangan korporat mengatasi segala-galanya? Tolonglah kaji lebih mendalam cadangan korporat ini agar ia benar-benar bermanfaat. Yakinkan rakyat.

Penelitian lebih mendalam terhadap prestasi Telenor di seluruh dunia mendapati syarikat yang memiliki rangkaian Digi di Malaysia, telah melupuskan kepentingannya di Rusia, India dan Eropah Timur untuk menumpukan pasaran Asia.

Pastinya yang menarik perhatian besar ialah mengapa Telenor keluar dari pasaran India, yang menjanjikan pasaran luas dengan penduduk seramai 1.33 bilion?

Lebih aneh Telenor keluar dari India untuk menumpukan kepada pasaran jauh lebih kecil seperti Malaysia yang hanya ada 32.6 juta penduduk? Untuk rekod, Telenor sudah berada di Malaysia sekian lama menerusi pegangan 49 peratus di dalam DiGi Communications.

Apa yang menyebabkan atau memaksa Telenor meninggalkan India? Menurut laporan-laporan media yang anda boleh jumpa di enjin carian Google, syarikat Norway itu terpalit dengan isu penganugerahan rangkaian 2G di India dan juga isu-isu perundangan dengan firma pesaing dari Rusia.

Bagi sebuah entiti yang memiliki rekod seumpamanya di peringkat global, Malaysia patut lebih kemas dalam menjalin perjanjian niaga sedemikian, agar tidak berulang kepada kita pula.

Apa yang jelas urus niaga Axiata-Telenor ini memberi manfaat besar kepada Telenor, kerana struktur transaksi akan melibatkan aset-aset lain Telenor tetapi tanpa sebarang bayaran tunai dan tanpa premium.

Selain DiGi Malaysia, Telenor juga memiliki ekuiti di dalam dtac (firma telko ketiga terbesar di Thailand); Telenor Myanmar (kedua terbesar di Myanmar); Telenor Pakistan, Grameenphone Bangladesh, Telenor Norway, Telenor Sweden dan Telenor Denmark.

Kategori