• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setahun Pakatan Harapan: Rakyat Resah

oleh
09/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang memasuki tempoh setahun bukan sahaja meresahkan majoriti rakyat, namun seakan-akan telah membawa negara semakin mundur ke belakang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, rakyat juga semakin bimbang tentang onar yang bakal dibawa PH dalam pentadbiran negara sementara menunggu tempoh sepenggal sebelum pilihan raya seterusnya diadakan.

Menurutnya, ramai kini yang kecewa akibat menyesal tersalah pilih, kerana harapan rakyat agar PH mengemudi negara dengan lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) tidak menjadi realiti.

“Bukan sahaja dasar yang seolah-olah mengenepikan kepentingan Islam dan Melayu, negara kini hampir huru-hara ‘dikerjakan’ barisan Kabinet yang sangat mengecewakan Perdana Menteri.

“Namun, itulah hakikat pahit yang perlu ditelan oleh PH walaupun ada pemimpin yang menghamburkan kemarahan di rostrum sekolah dek kerana tak tahan disindir pedas oleh netizen,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 9 Mei tahun lalu, PH yang dikemudi Tun Dr. Mahathir Mohamad memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 apabila menewaskan BN yang memerintah negara lebih 60 tahun.

Suraya berkata, kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan seperti manifesto bukan kitab suci serta isu-isu lain termasuk kedaulatan Raja-Raja Melayu, puluhan ribu hilang pekerjaan, campur tangan dalam Tabung Haji dan pembohongan berkaitan Felda antara yang menjadi perhatian rakyat.

“Selain itu, ekonomi negara turut merudum, manakala mata wang negara semakin merosot serta kos sara hidup meningkat. Siapa yang tidak kecewa dan marah ditipu berkali-kali dan memberi alasan dangkal bagi setiap janji yang dimungkiri.

“Malah, melucukan pula apabila teringatkan kisah kasut dan sarung kaki hitam, sijil palsu, menoreh di musim tengkujuh, nelayan tanam nanas di belakang rumah, minum minyak sawit, tanam padi waktu malam dan menjenamakan semula produk BN yang menjadi bahan jenaka rakyat,” ujarnya.

Lebih meresahkan kata Ketua Penerangan UMNO negeri itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diharapkan akan menjaga kepentingan Islam, Melayu dan bumiputera seolah-olah berada di bawah tapak kaki DAP.

“Kasihan sungguh melihat Perdana Menteri ‘sementara’ yang terlalu emas usianya bagai diperkotak-katik dan dipermainkan oleh DAP, PKR dan PAN. Namun apakan daya, itu pilihannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: pakatan harapanSuraya Yaacob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd