Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Lucu…Tersasul, Mas Kahwin...

Tanyalah kepada sesiapa yang bergelar suami, pasti saat melafazkan akad nikah adalah antara...

Penolong Jurutera Awam Minta...

SEREMBAN - Seorang Penolong Jurutera Awam yang bertugas di Jabatan Kerja Raya, disini,...

Hajiji Pengerusikan Mesyuarat Jemaah...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat...

Dua Maut Kenderaan Bertembung...

SANDAKAN – Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda...

Roger Ng Telah Diekstradisi Ke AS Minggu Lalu

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan terhadap kesalahan yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dalam perjanjian yang dibuat antara penyiasat Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Amerika Syarikat telah meminta Ng diekstradisi ke negara itu.

Ng pada mulanya membantah untuk diekstradisi, kemudian berubah fikirannya dan pergi ke sana secara sukarela, menurut laporan theedgemarkets.com.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut penyiasat Malaysia membantah tindakan itu kerana Ng sudah didakwa di sini kerana kesalahan berkaitan 1MDB yang sama.

Tetapi perjanjian akhirnya berjaya diputuskan di antara dua pihak berkuasa minggu lalu.

“Saya boleh mengesahkan dia telah berlepas pada Jumaat lalu dan kini di bawah pemantau DoJ,” menurut theedgemarkets.com.

Ng adalah timbalan kepada Tim Leissner, yang menjalankan urus niaga 1MDB untuk Goldman bagi mendapatkan dana sejumlah AS$6.5 bilion untuk 1MDB.

DoJ dan penyiasat Malaysia mendakwa sebanyak AS$4.5 bilion telah dicuri dari 1MDB antara tahun 2009 dan 2014 dalam penipuan kleptokrasi terbesar di dunia.


Leissner mengaku bersalah di Amerika Syarikat untuk pertuduhan yang berkaitan dengan 1MDB dan sedang menunggu hukuman.

Kedua-dua lelaki itu bekerja di pejabat Goldman di Singapura.

Bloomberg melaporkan minggu lalu bahawa pihak berkuasa Singapura telah mengembalikan semula dana sejumlah AS$3.5 juta kepada Malaysia, wang yang disita dari Ng dan keluarganya.

Wang itu dikatakan sebagai bayaran haram yang berkaitan dengan transaksi 1MDB. – Agensi

Kategori