• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Gesa Jho Low Pulang, Jamin Keselamatannya

oleh
24/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan kepada ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low untuk pulang ke tanah air bagi melalui proses undang-undang berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, dakwaan kononnya Jho Low akan ditahan, diseksa dan dibunuh sekiranya pulang adalah tidak benar.

“Saya beri jaminan ke atas keselamatan dirinya (Jho Low), kalau dia dan mereka (individu lain) rasakan tidak bersalah, baliklah dan hadapi proses undang-undang negara.

“Konon ada cerita bila balik dia akan ditangkap, diseksa dan dibunuh itu mengarut. Kita ada undang-undang. Usah hanya mengeluarkan kenyataan dari jauh menggunakan peguam menidakkan itu dan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 15 Sempena Hari Raya Aidilfitri, di Menara TM, Bangsar, di sini, hari ini.

Mengulas tentang lokasi di mana Jho Low berada, Abdul Hamid menegaskan pihaknya mengetahui lokasi ahli perniagaan tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkannya kepada media.

“Kita tahu di mana Jho Low dan rakan yang lain berada. Polis menggunakan semua sumber yang ada termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa luar untuk mengesan Jho Low.

“Kita juga tahu di mana Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International) Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil berada,” katanya.

Tambahnya, kes 1MDB merupakan keutamaannya dan akan menyelesaikannya secepat mungkin.

Mengulas mengenai serbuan di firma juruaudit, Deloitte Malaysia semalam, Abdul Hamid berkata pihaknya sedang mengumpul beberapa dokumen yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan penyelewengan dana 1MDB. – Sinar Harian

Tags: 1MDBJho LowPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd