• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Opick Diberi Amanah Simpan Rambut Rasulullah SAW

oleh
13/05/2019
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rezeki berpihak kepada penyanyi lagu ketuhanan dari Indonesia, Opick apabila diberi kepercayaan untuk menjaga sehelai rambut milik Nabi Muhammad SAW.

Menurut portal KapanLagi, pemberian itu merupakan satu penghargaan dan rahmat buat Opick sempena bulan Ramadan ini.

Amanah tersebut telah diberikan oleh seorang agamawan dari Turki yang juga memiliki sebuah muzium menyimpan barang-barang peribadi milik Rasulullah SAW.

“Saya mimpi bulan dan bintang jatuh di halaman. Kemudian bintang itu diletakkan di tangan saya. Ada seseorang beritahu saya bahawa Imam Mahdi dan Nabi Muhammad SAW akan datang.

“Ini adalah satu berkat untuk kita semua. Saya membawa sehelai rambut milik Nabi Muhammad SAW iaitu seorang insan yang dicintai ramai umat di seluruh dunia.

“Syarat untuk menjaganya haruslah mengaji selama 24 jam dan jangan diabaikan. Di Turki ada individu yang menghafal al-Quran diamanahkan menjaga tempat tersebut,” cerita Opick seperti yang dipetik dari laman KapanLagi.

Menurut Opick, dia bakal membina sebuah bangunan khas bagi menempatkan rambut Rasulullah SAW itu.

Buat sementara waktu, ia disimpan di kamar peribadinya di rumah dan kerana itu Opick sanggup tidur di tempat lain.

Rambut ini akan disimpan di rumah saya sebelum dibangunkan sebuah tempat besar sebagai pusat Islam.

“Sementara di rumah saya, saya tidur di bilik ibu saya. Pada malam hari saya sentiasa berbisik ‘Ya Rasulullah SAW, sudah dekat aku mencium wajahmu’,” cerita Opick. – MalaysiaGazette

Tags: IndonesiaOpickrambutRasulullah SAW
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd