• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menderhaka Jika Ingkar Titah Sultan Perak

oleh
27/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Jawatankuasa masjid dan surau yang ingkar dengan larangan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang tidak membenarkan program politik diadakan dalam premis mereka boleh dianggap sebagai menderhaka.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, titah Sultan Perak itu perlu dipatuhi kerana program politik di dalam rumah ibadat boleh menimbulkan pergaduhan antara dua kumpulan yang berbeza ideologi.

“Politik adalah urusan keduniaan dan ia tidak ada kena mengena dengan agama dan kerana itu soal politik tidak boleh dibawa bercakap di dalam masjid.

“Masjid dibolehkan sebagai tempat untuk urusan mesyuarat, pengajian dan syarahan agama yang tiada unsur politik,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada fakir miskin anjuran Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Instiadat Melayu Perak (Maipk) di sini hari ini.

Seramai 200 orang menerima sumbangan dari daerah Kerian dan Selama menerima sumbangan wang tunai RM200 serta beras pada majlis itu.

Semalam Sultan Nazrin memberi perkenan agar pengerusi masjid dan surau yang membenarkan premis mereka digunakan untuk program parti politik digantung tugas sementara siasatan ke atas mereka dijalankan.

Menjelas lanjut, Harussani berkata beliau sering menasihati ahli politik agar meninggalkan soal politik di luar masjid apabila sampai di rumah ibadat itu.

Sementara itu Pengerusi Yayasan Muhibah, Tan Sri Fng Ah Seng, Tan Sri Fng Ah Seng berkata, penyaluran bantuan setiap tahun itu bertujuan meringkan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Tags: masjidSultan Nazrin ShahSultan Peraksurau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

AJK Surau Taman Seraya Buat 10 Laporan Polis Dakwaan ‘Gangguan’ Seorang Penduduk

AJK Surau Taman Seraya Buat 10 Laporan Polis Dakwaan ‘Gangguan’ Seorang Penduduk

24/04/2026
0

AMPANG – Isu melibatkan sebuah surau di Taman Seraya semakin tegang apabila Ahli Jawatankuasa (AJK) surau terbabit membuat sebanyak 10...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd