ENGLAND – “It’s a Boy!”
Itu reaksi keterujaan Putera Harry dalam Instagram beliau Princeharry_2018 selepas berkongsi berita kelahiran anak lelakinya sebentar tadi.
Pasangan diraja England, The Duchess of Sussex, Meghan Marle melahirkan bayi lelaki seperti yang diumumkan secara rasminya hari ini.
Putera Harry dan Meghan teruja dengan kehadiran bayi lelaki dalam keluarga diraja itu.
Bayi lelaki itu adalah seberat 7lbs atau 3.17 kilogram dan dilahirkan pukul 5.26 pagi Isnin.
Kelahiran bayi diumumkan dalam instagram petang tadi waktu tempatan di United Kingdom sebelum kenyataan umum ringkas menyusul dari Harry selepas itu.
“Kami menyambut kelahiran bayi lelaki yang sihat. Ibu dan anak kedua duanya berkeadaan baik.
“Saya tidak menjangkakan pengalaman yang sangat menakjubkan itu.
“Kami masih memikirkan nama yang sesuai untuk bayi kami.
“Bertemu kembali dalam masa dua hari lagi yang mana semua berpeluang melihat bayi kami,” katanya.
Ibu Meghan, Doria Ragland berada di sisi pasangan keluarga diraja itu di Frogmore Cottage juga gembira dengan kehadiran cucu pertamanya.
Meghan kali terakhir menghadiri majlis rasmi adalah pada Hari Komanwel pada 18 Mac lalu dan kebanyakan temu janji selepas itu berlaku secara peribadi.
Tarikh asal menyambut kelahiran bayi adalah sepatutnya pada akhir April atau awal Mei ini.
Bayi lelaki Harry merupakan cucu kelapan untuk Ratu Elizaberth.
Istana Kensington mengesahkan bahawa Meghan dan Harry akan merahsiakan kelahiran bayinya sambil mengesahkan tidak akan ada sebarang gambar di hadapan sayap Lindo, sepertimana Putera William dan Kate muncul di khalayak umum bersama bayinya.
Harry dan Meghan dikatakan mahu menyambut kelahiran anak sulungnya secara tertutup sebagai keluarga baharu sebelum mengumumkan kepada dunia.
Sejak beberapa hari lalu spekulasi tular berhubung bayi yang bakal dilahirkan keluarga diraja England itu. – Agensi