• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Tak Janggal UMNO ‘Gabung’ PAS Tentang PH

oleh
12/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA tidak merasakan penggabungan UMNO dan PAS dalam agenda penyatuan ummah yang digerakkan sejak akhir tahun lalu mahu menjadi sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan, beliau melihat penggabungan itu lebih dilihat kepada kesepakatan parti pembangkang semata-mata untuk menentang Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Bagi saya apa yang dapat baca perkataan gabung itu adalah untuk menentang kerajaan, jadi ianya bukan sesuatu yang boleh ditakrifkan mengikut interpretasi kita.

“Kalau kita mengemblengkan tenaga, bergabung sama-sama sebagai pembangkang, sudah tentunya (tentang kerajaan), takkan mereka (UMNO-PAS) nak bergabung dengan parti komponen PH untuk menjatuhkan Kerajaan PH, itu tidak mungkin.

“Saya rasa bukan sesuatu yang janggal, bagi mana-mana parti pembangkang bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan adalah perkara biasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Sempena Ulangtahun UMNO ke-73, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bahawa parti Islam itu dan UMNO akan bergabung menjelang PRU ke-15 akan datang.

Kata Abdul Hadi usaha itu boleh berjaya kerana Pas dan UMNO kini berada dalam keadaan bersih selepas beberapa individu bermasalah meninggalkan kedua-dua parti berkenaan.

Ka Siong juga berkata, DAP dan Semangat 46 juga pernah bergabung dengan PAS sebelum ini untuk menentang kerajaan memerintah dan hari ini UMNO melakukan perkara sama.

“Bagi saya atas dasar kepentingan sejagat, atas platform solidariti pembangkang, saya rasa adalah perkara biasa, dulu pun DAP, PAS, Parti Semangat 46 pun mereka bersama-sama sejak tahun 90-an sudah mula.

“Jadi saya itu cuma kenyataan yang menggambarkan realiti di mana kita perlu semak dan imbang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tags: MCAPASUMNOWee Ka Siong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd