• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lim Guan Eng Gagal Tadbir Ekonomi Malaysia”

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Satu per satu kenyataan Lim Guan Eng tidak mencerminkan kelulusan akauntan profesional seperti yang dicanang oleh DAP sendiri. Setahun Pakatan Harapan memerintah, dasar-dasar ekonomi yang rapuh menyebabkan Malaysia bakal terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi yang teruk.

2. Menyorot kembali, Menteri Kewangan pada satu sidang media menggunakan perkataan “hentam” apabila ditanya barangan manakah yang dikenakan SST dan barangan manakan yang dikecualikan SST. Menteri Kewangan juga diperli teruk dek insiden “salah titik perpuluhan” di Dewan Rakyat apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membetulkan angka baki tabung bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan RM1.486 bilion sebaliknya hanya RM148.6 juta.

3. Setahun Menteri Kewangan memegang jawatan, alasan sama didendangkan setiap kali dihujani soalan ekonomi negara; (1) Salah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan (2) Perang dagang antara Amerika Syarikat dan China. Lim Guan Eng harus teliti dalam menyalahkan kerajaan Barisan Nasional kerana fakta perbandingan tidak boleh ditipu. Berkaitan akibat perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, kenapakah pelabur keluar dari Malaysia dan ringgit bertambah lemah, walhal negara serantau lain seperti Indonesia dan Thailand, ekonomi makin mengukuh. Kenyataan dangkal sebegini hanyalah “general answer” untuk menutup kegagalan diri sendiri.

4. Terbaru, pengumuman FDI, “Foreign Direct Investment” atau pun pelaburan langsung asing, dibuat dengan retorik menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan memperbaiki ekonomi negara sejak pemerintahan Barisan Nasional. Lim Guan Eng mengumumkan Malaysia telah mencapai pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dalam sejarahnya.

5. Berdasarkan maklumat diperoleh, daripada sejumlah RM21.7 bilion, RM8.4 bilion adalah dari Jepun; RM3.7 bilion dari Austria dan RM2.8 bilion dari Hong Kong. Malangnya, RM8.4 bilion tersebut merupakan hasil penjualan aset Khazanah kepada Mitsui. Malangnya, RM3.7 bilion merupakan hasil penjualan pemilikan 50% saham Sapura Upstream Sdn. Bhd. oleh Syarikat Minyak OMV berpangkalan di Australia.

6. Berdasarkan kamus Menteri Kewangan, adakah penjualan aset-aset negara kita menjadi penanda aras FDI? Jika begitu jawapan beliau, seperti yang dinyatakan di dalam sidang media, maka penjualan aset negara adalah baik dari kaca mata Lim Guan Eng. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mengajak rakyat berfikir sejenak. Adakah penjualan aset utama negara, seperti PETRONAS misalnya, baik untuk negara? Semestinya jawapannya adalah TIDAK. Penjualan aset menunjukkan negara memerlukan tunai untuk tempoh masa singkat.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Tags: Ekonomi MalaysiaLim Guan EngShahir Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd