• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Haji Tambahan: TH Tunggu Keputusan Arab Saudi

oleh
14/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat.

Beliau berkata, TH telah menulis surat permohonan rasmi berkenaan hal itu kepada kerajaan Arab Saudi malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa juga telah pergi ke Arab Saudi untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Kita doakan supaya kita dapat 10,000 kuota tambahan itu kerana saya difahamkan sehingga kini TH telah menerima sehingga 113,000 rayuan… tetapi kita tetap akan berusaha lagi dengan pihak Arab Saudi,” katanya pada sesi taklimat isu Tabung Haji di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, hari ini.

Kuota rasmi yang diberikan Arab Saudi kepada Malaysia bagi tahun ini ialah sebanyak 30,200 orang.

Pada masa yang sama, Zukri berkata, sejumlah 91,000 akaun baru telah dibuka pada suku pertama tahun ini dan sebanyak RM4.3 bilion simpanan baru dicatatkan.

“Ada penulis blog menyalah tafsirkan angka-angka ini apabila melakukan kiraan purata setiap penyimpan baru memasukkan sebanyak RM47,000 ke akaun mereka. Ini adalah salah kerana jumlah itu adalah termasuk daripada simpanan baru penyimpan akaun TH yang baru dan lama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya untuk tempoh yang sama sebanyak RM4.6 bilion simpanan telah dikeluarkan dan beliau percaya ia adalah pengeluaran panik para penyimpan rentetan masalah yang dihadapi TH sebagaimana yang diumum kerajaan sejak akhir tahun lalu.

“Tetapi kita yakin, prestasi TH akan lebih baik bermula suku kedua tahun ini,” katanya.

TH mencatatkan keuntungan bersih RM440 juta dalam suku pertama 2019.

Tags: Arab Saudikuota hajiTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd