• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Saman Fitnah Guan Eng, Chang Yeow Selesai

oleh
06/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kes saman fitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow selesai selepas Chang Yeow setuju menarik balik kenyataan fitnah yang dibuatnya tahun lepas berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Peguam Simon Murali yang mewakili Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi sini bahawa kes saman itu selesai setelah satu persetujuan penghakiman dicapai antara kedua-dua belah pihak, yang mana Chang Yeow, selaku defendan dalam kes saman berkenaan menarik balik kenyataan yang dibuat pada tarikh 16 dan 18 Januari tahun lepas.

Simon berkata, pihak defendan secara rela hati dan tanpa syarat menarik balik penyataan-penyataan yang diadukan dibuat olehnya dalam sidang akhbar bertarikh 16 dan 18 Januari 2018 yang mana telah diterbitkan dalam akhbar New Straits Times dan Berita Harian pada 17 Januari dan dalam New Straits Times pada 19 Januari 2018.

“Plaintif dan defendan tidak akan mempunyai sebarang tuntutan di antara satu sama lain pada masa ini dan juga pada masa hadapan atau kausa tindakan kes ini,” katanya di hadapan Hakim Datuk Rosilah Yop di sini, hari ini.

Chang Yeow yang hadir sendiri bersama peguam bela Kek Boon Wei telah membacakan kenyataan tarik balik itu di dalam mahkamah di hadapan Hakim Rosilah dan juga Guan Eng.

Kenyataan yang dibacakan Chang Yeow: “Saya dengan ini tanpa syarat dan benar-benar menarik balik kenyataan yang saya buat dalam sidang akhbar yang diadakan pada 16 dan 18 Januari 2018 yang kemudiannya diterbitkan dalam New Straits Times pada 17 Januari 2018 dengan kapsyen “Come clean on payments, Penang urged”, dalam Berita Harian pada 17 Januari 2018 dengan tajuk “Pulau Pinang sembunyi fakta bayaran” dan dalam New Straits Times pada 19 Januari 2018 dengan kapsyen “Penang BN claims CM lied over 4 issues”.)

“Saya menyesali kesukaran yang dihadapi Guan Eng kerana penerbitan yang dinyatakan di atas.”

Selepas kenyataan itu dibacakan, Guan Eng yang turut hadir ke mahkamah telah memberitahu Hakim Rosilah bahawa beliau bersetuju dengan kenyataan tarikan yang dibacakan oleh Chang Yeow.

Pada 13 Mac 2018, Guan Eng telah mengemukakan saman ke atas Chang Yeow sebagai defendan kes.

Dalam tuntutannya, Guan Eng mendakwa Chang Yeow membenarkan dan atau menyebabkan kenyataan palsu ditulis dan diterbitkan di dua akhbar atau di laman web.

Tags: DAP Pulau Pinangkes samanLim Guan EngTeng Chang Yeow
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd