• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Fail Mohon Sita Harta Najib, Rosmah RM711 Juta

oleh
08/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memfailkan dua saman pelucuthakan terhadap barangan mewah bernilai RM711 juta dimiliki oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Memetik laporan The Edge, dua notis usul dan kenyataan bertulis sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk merampas barangan yang didakwa dibeli dengan dana daripada syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ini adalah langkah susulan selepas penyitaan barang berharga di kediaman yang dikaitkan dengan Najib di beberapa kawasan termasuk Bukit Bintang, tahun lepas,” lapor portal berita itu.

Barangan mewah dimaksudkan termasuk kereta dan hartanah yang dimiliki bekas orang nombor satu negara dan isterinya.

Menurut sumber, notis pertama yang difailkan semalam adalah untuk merampas harta di kawasan Lembah Klang termasuk wang tunai, barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam yang bernilai RM680 juta.

Perisytiharan kedua pula adalah untuk merampas barangan bernilai RM31 juta termasuk 27 buah kereta mewah, wang tunai, 29 akaun bank, jam tangan dan beg.

Difahamkan tindakan melucut hak harta berkenaan dilakukan di bawah Unit Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram turut dibantu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pendengaran permohonan akan mengambil masa sehingga sebulan,” kata sumber tersebut.

Semalam, Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan bahawa Malaysia telah menerima sebanyak RM236 juta dari Amerika Syarikat.

Wang itu telah dilucuthakkan dari Red Granite Pictures yang dikaitkan dengan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz selepas syarikat itu dituduh membiayai filem menggunakan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB. – Sinar Harian

Tags: barangan mewahhartaNajib Tun RazakRosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di...

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd