Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Apa Kata 16k Netizen...

NAMA Nur Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia cukup dikenali ramai sebagai antara...

Menu Gerai Kak Murni...

RUPA-RUPANYA dalam keghairahan sesetengah peniaga menaikkan harga berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Isteri Gemuk Punca Sukar...

KUALA LUMPUR - Isteri yang gemuk dan kekurangan kepada lelaki menjadi salah satu...

Saya Tetap Bersama UMNO...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Silam Datuk Yusof Apdal berkata beliau sama...

Jawatan PM Untuk Sepenggal, Bukan Sementara – Ku Li

GUA MUSANG – “Tiada jawatan sementara buat Perdana Menteri dalam perlembagaan,” demikian kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, tidak boleh mana-mana pihak memaksa Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan termasuk Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam perlembagaan, tiada paksaan untuk berhenti melainkan Dr. Mahathir letak jawatan. Tiada istilah jawatan sementara kerana ia dilantik untuk sepenuh penggal.

“Terpulang kepada beliau (Dr. Mahathir) untuk berhenti atau teruskan kepimpinan. Namun, jika ada pakatan atau perjanjian, ia di luar perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-73 di Dewan Bukit Cekati, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Mohd Syahbuddin Hashim; Naib Ketua UMNO Bahagian, Ab Aziz Yusoff dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Amran Arifin.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang juga berkata, jika Dr. Mahathir meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik.

“Lantikan itu tidak hanya melibatkan ketua parti, Baginda boleh angkat siapa sahaja dalam kalangan Ahli Parlimen,” katanya.


Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan akan mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tempoh kurang dua tahun.

Dalam wawancara bersama Bloomberg Television, Anwar berkata, beliau bagaimanapun mahu memberi cukup masa kepada Dr. Mahathir untuk mentadbir secara berkesan.

“Sudah tentu bukan lima tahun kerana beliau (Mahathir) sudah nyatakan dengan jelas tidak akan melebihi dua tahun,” katanya.

Menerusi sebuah portal berita, veteran DAP, Lim Kit Siang sanggup mempertaruhkan kerjaya politiknya jika janji Dr. Mahathir untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR itu tidak ditunaikan.

Beliau berkata, tidak akan bertanding pada Piluhan Raya Umum akan datang jika Dr. Mahathir tidak menunaikan janjinya. – Sinar Harian

Kategori