Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap...

Coklat Dibuat Dalam Bentuk...

Coklat biasa yang dilihat di pasaraya kebanyakkannya datang dalam bentuk petak, bulat, segi...

Anak Bunuh Diri, Mahu...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati bersama dengan sekeping nota menyayat...

Hukuman Dalam Islam Bersifat...

TAWAU - Islam adalah agama yang menitikberatkan amalan kasih sayang serta kesederhanaan dan...

Jangan Tersilap Orang, Ini Aliff Syukri!

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz, sehingga kini masih senyap membisu setelah kontroversi hangat melandanya apabila dipercayai fotonya bersama seorang gadis berusia 16 tahun berada di bilik hotel tular sejak semalam.

Gara-gara kontroversi itu, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tampil membuat pengakuan di Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video, Aliff Syukri dengan riak wajah serius memegang sekeping kertas bersaiz besar yang memaparkan potret wajah Aliff Aziz.

Tindakan itu dilakukan agar netizen lebih mengenali siapa Aliff Aziz dan siapa Aliff Syukri.

“Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri… kamu semua tahu tak membezakan antara Aliff Aziz dan Aliff Syukri.

“Sekarang saya ajar anda dan ikut apa yang saya cakap,” kata suami kepada Datin Nur Shahida Mohd Rashid.

Beliau telah memuat naik video itu tiga jam lalu dan berjaya meraih 588,164 tontonan dari warganet.

Aliff Syukri membuat pengakuan itu bagi mengelakkan dirinya terkena tempias dek kontroversi yang melanda suami kepada Bella Astillah.

“Cuba tengok gambar ini betul-betul, berbeza hidung, gigi, mata semua. Saya buat video ini kerana penat dengan cacian dan makian dari netizen pada setiap posting saya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tetap mendoakan kebahagian rumah tangga Aliff Aziz hingga ke jannah.


“Saya doakan Aliff yang ini semoga berbahagia ke jannah, jangan kecam orang, jangan kutuk orang.

“Kalau kena batang hidung sendiri, baru anda tahu. Doakan yang baik-baik sahaja,” luahnya.

Video itu juga menarik perhatian para artis dan peminatnya kerana menyifatkan ia lucu.

Pelakon hebat Umieaida9 berkata, “Aduhhh… ketawa terbahak-bahak saya. Sampai hati depa tak bole bezakan…”

Pada hantaran sama, netizen, fadilla_khair turut bersimpati atas apa yang menimpa Aliff Syukri.

“Adoiii, kesian datuk. Kami percaya datuk setia orangnya, bersabarlah datuk,” katanya. – Sinar Harian

Kategori