• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inkues Adib: Sepucuk Surat Punca Peguam Tarik Diri?

oleh
27/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tindakan peguam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor yang menarik diri daripada menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim dipercayai ada kaitan dengan sepucuk surat diterimanya.

Difahamkan surat tersebut dikeluarkan oleh pegawai kanan kerajaan yang berkuasa dalam undang-undang.

Menurut sumber, surat itu terkandung arahan terhadap Syazlin dan pihak kementerian agar menarik diri dan tidak lagi mengendalikan kes yang menjadi tumpuan itu.

Ada pihak tercabar dengan kredibiliti Syazlin yang begitu tegas dan agresif mencari kebenaran serta keadilan buat Muhammad Adib.

Katanya lagi, kandungan surat tersebut antaranya menyebut Syazlin telah memalukan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes itu.

Justeru katanya, keputusan penarikan diri diambil oleh peguam itu setelah satu perbincangan dibuat.

Terdahulu, Syazlin yang juga salah seorang pasukan peguam keluarga Muhammad Adib secara tiba-tiba telah membuat permohonan menarik diri daripada menjadi pihak-pihak berkepentingan.

Beliau kelihatan sebak dengan tindakannya itu.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Syazlin enggan mengulas lanjut.

Muhammad Adib, 24, cedera parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat. – Sinar Harian

Tags: inkuesKuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inkues : Koroner Kekalkan Larangan Media Dalam Kamar Ketika Saksi Kanak-Kanak Beri Keterangan

Inkues : Koroner Kekalkan Larangan Media Dalam Kamar Ketika Saksi Kanak-Kanak Beri Keterangan

25/09/2025
0

Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini mengekalkan keputusan tidak membenarkan media berada di dalam kamar mahkamah ketika saksi kanak-kanak memberi...

Inkues: Kak M Cakap ‘Kalau Aku Touch-Touch Kau Ini, Berdarah Kau Ni’ Sebab Emosi Tak Stabil – Ketua Warden

Inkues: Kak M Cakap ‘Kalau Aku Touch-Touch Kau Ini, Berdarah Kau Ni’ Sebab Emosi Tak Stabil – Ketua Warden

18/09/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, memberitahu Mahkamah Koroner di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd