• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Dadah THC, Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan

oleh
15/05/2019
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu terhadap Farid, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam prosiding itu mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman. Berikutan itu Farid akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.

Terdahulu peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid memohon mahkamah tidak mengenakan penjara dan hanya mengenakan hukuman denda kerana tertuduh merupakan penanggung utama keluarga.

“Tertuduh mempunyai seorang isteri dan dua anak yang perlu ditanggung dan bekerja sendiri sebagai pengarah dan pelakon. Sekiranya dipenjarakan tertuduh sukar untuk menanggung keluarganya,” kata Megat.

Tambahnya, anak guamnya juga sudah mengaku salah atas satu pertuduhan pilihan iaitu memberi maklumat palsu yang melibatkan kes sama.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat dengan mengambil kira pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima orang saksi semasa perbicaraan.

“Mahkamah juga perlu menjatuhkan hukuman dengan mempertimbangkan faktor kepentingan awam selain mengambil kira kekerapan kes sedemikan berlaku. Jadi tidak perlu diskaun diberikan kepada tertuduh memandangkan tertuduh sebelum ini tidak membuat pengakuan bersalah,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Hero filem Lagenda Budak Setan itu didakwa menggunakan dadah berbahaya THC, iaitu ‘11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 4.30 petang pada 11 Januari 2018.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tags: dadahFarid KamilPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

32.66 Juta Penduduk Malaysia, Lelaki Melebihi Perempuan

Next Post

Statut Rome: Malaysia Kekal ‘Negara Pihak’ Mengecewakan

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Next Post

Statut Rome: Malaysia Kekal ‘Negara Pihak’ Mengecewakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd