Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Akui Agong...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul...

Mat Sabu Jamin Beri...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memaklumkan beliau akan memberi kerjasama penuh...

Malaysia, HK Tentu Kejuaraan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menentang Hong Kong bagi menentukan juara acara berpasukan...

Muntah Darah Jatuh Pokok

GOMBAK - Seorang lelaki cedera parah dan muntah darah sejurus terjatuh dari pokok...

Diskaun Tol Kelas 1 Di LDP, Kesas Sempena Aidilfitri

PETALING JAYA – Diskaun tol sebanyak 30 peratus akan diberikan kepada setiap pengguna kenderaan kelas 1 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), manakala 10 peratus untuk pengguna jenis kenderaan sama bagi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) sempena Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata potongan harga tol itu bermula pukul 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari pertama Syawal yang dijangka disambut 5 Jun ini.

Kenderaan kelas 1 merupakan kenderaan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi.

“Dianggarkan hampir 516,000 pengguna LDP dan Kesas akan menerima manfaat daripada jumlah RM256,000 subsidi tol yang diberikan pada Aidilfitri tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra dan Iftar Ramadhan LITRAK dan SPRINT 2019 hari ini.

Sazally berkata, sejak 2010 hingga 2018, Litrak memberikan lebih RM14 juta subsidi tol kepada jutaan pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.


“Kami berharap menerusi langkah kali ini, kita dapat bersama-sama dengan pengguna lebuh raya untuk berkongsi kegembiraan menyambut dan menyemarakkan Syawal,” tambahnya.

Kategori