• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana AS$57 Juta Berkaitan 1MDB Dipulangkan DoJ

oleh
07/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah memulangkan wang sejumlah AS$57,036,688.68 bayaran pertama hasil yang diperoleh daripada penyitaan aset-aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Malaysia.

Pemulangan aset milik 1MDB itu di bawah inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pemindahan pertama dana itu telah dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB, sebuah akaun amanah yang dibuka secara rasmi untuk tujuan itu.

Menurutnya, jumlah itu disita daripada Red Granite Pictures, sebuah syarikat pembikinan filem yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib Razak dan lanjutan penyelesaian sebanyak AS$60 juta yang direkodkan di Mahkamah California.

Sejumlah AS$3 juta ditolak untuk membayar semula kos-kos yang telah dibelanjakan oleh DoJ dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat, menyita, membicarakan dan mencapai penyelesaian untuk dana Red Granite.

Turut ditolak ialah kos-kos yang dibelanjakan oleh DoJ dan FBI untuk menyiasat, menyita dan memelihara Equanimity semasa kapal itu ditahan di perairan Indonesia sebelum dibawa balik ke negara ini.

DoJ kini dalam proses untuk menghantar pulang sejumlah AS$139 juta wang yang diperoleh hasil daripada jualan kepentingan milik Jho Low dalam Park Lane Hotel, di Manhattan.

Kesemua kos yang telah dibelanjakan oleh DoJ dan FBI untuk menyiasat, menyita, membicarakan dan mencapai penyelesaian bagi aset Park Lane ini akan ditolak daripada wang penyelesaian tersebut dan bakinya dijangka dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB dalam masa yang terdekat.

Oleh itu, Malaysia telah mendapatkan semula AS$322 juta (kira-kira RM1.3 ilion) nilaian daripada aset-aset 1MDB semenjak siasatan ke atas 1MDB bermula secara efektifnya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

“Suatu jumlah lain sebanyak S$50 juta daripada dana yang berkaitan dengan 1MDB telah diarahkan oleh Mahkamah di Singapura untuk dihantar pulang.

“Sejumlah S$15 juta telah dikreditkan ke dalam akaun aset pemulihan 1MDB antara September tahun lepas sehingga Mac tahun ini. Baki sebanyak S$35 juta akan dikreditkan tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini DoJ telah mengumumkan sebanyak AS$4.5 bilion yang dipindahkan secara salah daripada 1MDB, aset-aset yang diusaha untuk disita sejak 2016 hingga 2019 dianggarkan bernilai AS$1.7 bilion.

Aset-aset tersebut termasuk kapal Equanimity yang dijual secara kehakiman oleh Mahkamah Admiralti Malaysia pada harga AS$126 juta.

Tommy berkata, pemulihan aset ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa bantuan dan kerjasama oleh pihak berkuasa Malaysia dan rakan-rakan di Amerika Syarikat dan Singapura.

Katanya, usaha untuk mendapatkan semula aset-aset 1MDB masih berjalan dan Malaysia yakin lebih banyak wang akan didapatkan pada bulan-bulan mendatang. – MalaysiaGazette

Tags: 1MDBDOJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd