• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artikel 13 Mei Howard Lee Menipu Rakyat, Pesong Sejarah

oleh
20/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Pemuda DAPSY, Howard Lee yang menulis sebuah artikel yang disiarkan oleh sebuah laman portal berhubung isu 13 Mei disifatkan sebagai satu cubaan untuk menipu rakyat dan memesongkan sejarah negara.

Malah, Lee cuba memberikan pandangan ‘salah’ terhadap perkara itu apabila menyatakan peristiwa hitam 13 Mei bukan berpunca daripada DAP sebaliknya, Parti Komunis Malaya (PKM), kata Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataan.

Sambil menggariskan lima perkara berdasarkan kertas putih bagi menunjukkan hakikat sebenar peristiwa yang berlaku pada tahun 1969 itu, Kamarul Zaman berkata, penahanan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang di bawah Seksyen 11(2)(b) ISA pada 18 Mei tahun berkenaan merupakan bukti bahawa veteran parti itu sendiri sudah mempertikaikan pembahagian rakyat kepada ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’.

“Menjawab pertuduhan terhadap beliau pada 30 Julai 1969, Lim Kit Siang dengan berani mengakui penentangan beliau ke atas pembahagian rakyat kepada ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ kerana beranggapan bantuan perlu diberi berasaskan ‘need’ (keperluan) bukan ‘race’ (bangsa).

“Dalam sidang Parlimen pada 3 Mac 1971, Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, menggelar Ahli-Ahli Parlimen DAP sebagai seperti “ruthless, tricky, smooth, suave, slick political rogues” (kejam, rumit, licin, cerdik, penyangak politik licin) yang menggunakan isu-isu sensitif untuk menang dalam PRU-3,” katanya.

Tambah beliau, turut diungkapkan oleh Dr. Ismail petikan pelbagai kenyataan sensitif Kit Siang yang antaranya menolak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan yang didakwa tidak mengiktiraf kedudukan istimewa Melayu, tanpa apa-apa bantahan dari wakil DAP.

“Semua ini adalah bukti nyata DAP tidak boleh berlepas tangan daripada Peristiwa 13 Mei,” tegasnya.

Katanya lagi, meskipun Kit Siang telah ditahan di bawah ISA kerana mempertikaikan pembahagian rakyat kepada ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’, selaras dengan Deklarasi Setapak 1967, hingga kini prinsip itu tetap menjadi pegangan DAP.

“Bandingkan sahaja kenyataan Lim Kit Siang mengenai perkara ini sebelum beliau ditahan di bawah ISA, antaranya ialah pada 29 September 1968, 2 November 1968, 7 Januari 1969, 25 Januari 1969, 26 Januari 1969, 7 Mei 1969 dan 13 Mei 1969, dengan kenyataan baru beliau.

“Ini belum lagi diambil kira kenyataan lebih baru Lim Guan Eng dan Anthony Loke. Soalnya kini, setelah menang, bila dan bagaimana pembahagian ini mahu dihapuskan?

“Cukupkah agaknya dengan pemberian bantuan berasaskan ‘need’ bukan ‘race’ sahaja dahulu?” soalnya. – MalaysiaGazette

Tags: 13 MeiDAPHoward LeeKamarul Zaman Yusoff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd