• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berduka Kehilangan Dahlan Zainuddin

oleh
29/05/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Kisah Seorang Biduan’ yang pernah didendangkan Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin merupakan lagu yang menjadi kegemaran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka bertitah lagu tersebut menceritakan penghijrahan anak muda zaman dahulu dari desa ke bandar.

“Saya suka lagu tu. Itu mencerminkan macam mana orang zaman muda dahulu berhijrah dari desa ke bandar.

“Saya harap ramai lagi yang dapat mencontohi beliau untuk menaikkan nama artis tempatan dan lagu-lagu yang boleh diketengahkan. Bagi saya ia satu kehilangan besar,” titah baginda ketika berangkat menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah Allahyarham Dahlan, yang merupakan penyanyi era 70-an, adalah seorang biduan yang terkenal serta banyak memberi contoh baik kepada masyarakat.

Baginda turut menunaikan solat jenazah yang diimamkan Ketua Imam masjid berkenaan, Mohd Faizul Mohd Razali.

Allahyarham Dahlan meninggal dunia pada 9.48 malam tadi di Hospital Selayang. Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Effa Rizan dan tiga anak.

Dahlan, 78, dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat serangan strok, Sabtu lepas, yang merupakan serangan strok kedua selepas yang pertama pada 2016 mengakibatkan Allahyarham lumpuh sebelah kiri.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa simpati dan sedih kepada keluarga Allahyarham Dahlan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata dengan suara Allahyarham yang merdu dan lagu-lagu yang sukar dilupakan, lagu ikonik ‘Kisah Seorang Biduan’ menjadi kegemaran Al-Sultan Abdullah.

“Datuk Dahlan Zainuddin mempunyai kebolehan tersendiri untuk menghiburkan dan menawan penontonnya. Beliau dianugerahkan dengan bakat yang sangat besar dan kita hormati dan hargai beliau yang membantu membentuk industri muzik pada masa itu dan terus menjadi inspirasi kepada generasi muda.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada keluarga Datuk Dahlan Zainuddin. Bersama-sama lah kita berdoa agar Allah SWT mencucuri rahmat dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Saya harap keluarganya kuat dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini,” kata kenyataan itu.

Tags: Al-Sultan Abdullahartis meninggal duniaDahlan Zainuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd