• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Mayat Dipercayai Nelayan Hilang Ditemukan Terapung

oleh
26/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Dua mayat dipercayai dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Pisang ditemukan dalam keadaan terapung di Tanjung Laboh, Batu Pahat dan Sungai Tampok Benut, pagi tadi.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, mayat pertama dijumpai terapung di kedudukan kira-kira satu batu nautika barat daya Tanjung Laboh, Batu Pahat, pada jam 8.15 pagi.

Katanya, mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Zon Maritim Batu Pahat, kira-kira 23.5 batu nautika arah barat laut dari lokasi nelayan terbabit dipercayai hilang.

“Mayat dipercayai seorang daripada dua mangsa hilang itu dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat bagi tujuan pengecaman dan pengesahan keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Manakala mayat kedua pula ditemui nelayan di kedudukan satu batu nautika barat daya Sungai Tampok pada jam 9.50 pagi tadi.

Aminuddin berkata, mayat itu ditemui kira-kira tujuh batu nautika arah barat laut dari lokasi nelayan berkenaan dipercayai hilang.

Katanya, mayat berkenaan dibawa ke jeti Ayer Baloi bagi tujuan pengecaman ahli keluarga sebelum dihantar ke Hospital Pontian.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Khamis lalu, Mohd Khir Ismail, 38, dan sepupunya Mohd Yusni Mohd Yusof, 43, pergi ke perairan Pulau Pisang untuk menjaring ikan dan tidak pulang semula ke rumah masing-masing.

Keluarga mereka yang bimbang dengan keadaan tersebut membuat laporan polis keesokan harinya, sebelum operasi SAR digerakkan melibatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba, Pasukan Polis Marin dan nelayan setempat. – Sinar Harian

Tags: HILANGmayat terapungNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Britain berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke...

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd