• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaman BN Tak Suruh Rakyat Minum Minyak Sawit

oleh
05/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminta rakyat untuk minum minyak sawit bagi menangani kejatuhan harga komoditi tersebut.

Sebaliknya, jelas Ahli Parlimen Pekan itu, kerajaan pada masa itu berusaha mencari pasaran dengan menjual hasil kelapa sawit ke luar negara termasuk ke China dan India.

“Janganlah gaduh dengan China, janganlah pergi Pakistan tak singgah India. India lebih kaya daripada Pakistan, India boleh beli sawit.

“Pakistan pula minta kita melabur di sana, beratus juta, duit yang patut dilabur di Malaysia dilabur ke Pakistan, buat apa,” katanya sewaktu berucap dalam Program Santai di Restoran Syamiera Corner, Bandar Sri Sendayan di sini malam ini.

Program tersebut sebahagian daripada program Najib yang diaturkan bagi membantu kempen BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Najib sebelum itu juga berkesempatan menunaikan solat Isyak di Surau An-Nur, Bandar Sri Sendayan yang turut dihadiri oleh calon BN yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, Najib menjelaskan, PRK Rantau merupakan peluang terbaik untuk menghantar mesej jelas bahawa rakyat mahu zaman BN dapat kembali semula.

“Bila kita menang di Cameron Highlands kita pun naik semangat, menang di Semenyih kita naik lagi, menang di Rantau lagi semangat.

“Antara Mohamad Hasan dengan Streram siapa lebih elok? Mohamad lebih elok keseluruhan, siapa lebih pandai?

“Streram doktor cucuk bagi orang tidur, nanti orang semua tidur. Kita mahu orang yang ada pengalaman, dalam korporat, sebagai bekas Menteri Besar dalam membangunkan negeri,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan Nasionalminyak sawitNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bertanding Solo: PH Johor Akan Adakan Perbincangan Dengan Pimpinan Pusat

BN Bertanding Solo: PH Johor Akan Adakan Perbincangan Dengan Pimpinan Pusat

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pimpinan pusat untuk langkah seterusnya susulan pengumuman Barisan...

PRN Johor: Onn Hafiz Umum BN Bertanding Semua 56 Kerusi DUN

PRN Johor: Onn Hafiz Umum BN Bertanding Semua 56 Kerusi DUN

16/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd