• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Terhadap Najib Ada Agenda Peribadi Tersembunyi

oleh
11/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas usul yang mahu menghadapkan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Jelas beliau, usul yang dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong seakan mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi.

“Usul yang kita bincangkan hari ini adalah mengenai Embargo, kesalahan dari segi Embargo. Saya hairan, semalam kita menerima usul untuk menggantung Pekan (Najib) selama tiga bulan.

“Tapi tiba-tiba hari ini dipinda pula kepada merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Yang jelas ianya seolah-olah terburu-buru dan ada agenda tersembunyi terhadap Pekan,” kata Ismail ketika membahaskan usul tersebut.

Terdahulu usul tersebut dibacakan oleh Vui Keong susulan daripada tindakan Najib yang memuatnaik sebahagian dokumen mengenai Kertas Putih Felda yang sudah di Embargo di laman Facebook beliau.

Menurut Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera, sehari sebelum pembentangan Kertas Putih Felda itu, laman web Parlimen telah pun mengeluarkan isi kandungan dokumen tersebut maka sebenarnya tidak timbul isu melanggar kesalahan.

“Apabila laman web Parlimen mengeluarkan Kertas Putih ini dan ia boleh diakses orang ramai, maknanya tidak ada lagi embargo dan secara automatik embargo tersebut terbatal.

“… dan apabila Pekan mengeluarkan perkara yang berkaitan Kertas Putih ini di dalam Facebook, ianya tidak lagi dianggap melanggar embargo kerana dokumen ini telahpun menjadi dokumen umum,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, Menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen juga seharusnya dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Parlimen.

Ini kerana jelas beliau, dokumen Embargo mengenai Kertas Putih Felda yang didakwa telah dimuatnaik Najib di Facebooknya lebih awal, sebenarnya telah pun dimuatnaik di laman web Parlimen terlebih dahulu sehari sebelum pembentangannya.

“Kalau kata betul telah masuk dalam laman web Parlimen, Menteri kena bertanggungjawab. Kalau kita nak bawa Pekan (Najib) ke jawatankuasa, Menteri pun kita kena bawa. Siapa yang bertanggungjawab menjaga Parlimen. Jadi kalau nak bawa, kita kena bawa dua-dua sebab benda yang timbul ini bukan soalan Embargo. Ia sudah dimasuk di dalam laman web Parlimen.

“Kalau nak bawa kepada Jawatankuasa Khas ini, menteri yang bertanggungjawab. Menteri yang patut dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukan Pekan. Dia yang patut kita dakwa,” katanya ketika membahas usul tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said pula mencadangkan supaya isu tersebut ditangguh dahulu untuk memberi ruang kepada siasatan dijalankan.

“Saya rasa kita tangguh, siasat dulu dan kemudian bawa semula pada sesi akan datang. Siasat fakta samada betul atau tidak dimuat naik.

“Dalam Jawatankuasa pun, ialah berkenaan dengan perlakuan. Isunya adalah berkaitan Embargo itu. Jadi saya cadangkan tangguh, siasat Embargo dulu kemudian kita bawa semula,” katanya. – MediaUMNO

Tags: Ahli Parlimenkertas putih feldaNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd