• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Ganti Pengerusi PAC Dibentang Minggu Depan

oleh
04/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membentangkan usul menggantikan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara di Dewan Rakyat minggu depan, kata Timbalan Speaker, Nga Kor Ming.

Difahamkan, usul itu tidak sempat dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini kerana ia berada dalam senarai ke-9 Aturan Urusan Mesyuarat.

Nga ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, usul itu ialah bukti kerajaan Pakatan Harapan menunaikan manifesto pilihan raya umum ke-14 untuk melantik wakil rakyat pembangkang sebagai pengerusi PAC.

Media pagi tadi melaporkan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dijangka membentangkan usul itu bagi menggantikan Pengerusi PAC, Ronald Kiandee dengan ahli Parlimen UMNO, Noraini Ahmad.

Noraini ialah ahli Parlimen Parit Sulong selama 3 penggal dan ketua Wanita UMNO. Beliau dilantik sebagai ahli PAC pada Ogos 2018 bagi menggantikan bekas ketua PAC, Hasan Arifin.

Beberapa pihak menentang keputusan Mahathir mengekalkan Kiandee mengetuai PAC, selepas ahli Parlimen Beluran itu meninggalkan UMNO Sabah untuk menyertai PPBM pada 15 Mac lalu.

Sementara itu, Nga membidas wakil rakyat pembangkang tidak menghormati PAC kerana tidak menyerahkan surat rasmi peletakan jawatan sebagai ahli jawatankuasa itu.

Beliau berkata, ahli Parlimen pembangkang hanya memaklumkan peletakan jawatan itu melalui sidang media.

“Ini satu perkara yang tidak boleh diterima.”

Pada 25 Mac lalu, semua ahli Parlimen pembangkang meletak jawatan serta-merta untuk membantah keputusan mengekalkan Kiandee sebagai pengerusi PAC.

Selain Noraini, 2 lagi ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai PAC ialah Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hasan dan Ahli Parlimen Jasin, Ahmad Hamzah. – FMT

Tags: DAPNga Kor MingPengerusi DAP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hutang Negara Tak Kurang Walau Banyak Aset Dijual

Next Post

Kedai Roti Berkait Dr. M, The Loaf Kembali Dibuka

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Kedai Roti Berkait Dr. M, The Loaf Kembali Dibuka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd